Home » » "Saya dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina

"Saya dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina

Written By canang on Isnin, 6 Jun 2011 | 6/06/2011 09:41:00 PTG

KUALA NERANG: "Saya tidak akan percaya lagi dengan lelaki Indonesia, saya menyesal kerana dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina Abu Bakar, 30, ibu tunggal yang menderita selepas melarikan diri ke Lombok mengikut teman lelakinya dua tahun lalu.

Kepulangan Zarina di rumahnya kira-kira jam 1 pagi semalam, adalah hasil bantuan dan sumbangan penduduk setempat di Kubur Panjang, Pendang yang bersimpati dengan nasibnya sebelum sepakat mengumpul wang berjumlah RM3,000 untuk membawa balik ibu beranak empat berkenaan.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pai, di sini, semalam, Zarina turut menasihatkan wanita tempatan supaya jangan terpedaya dengan lelaki Lombok kerana kebanyakan mereka hanya berniat untuk memperdaya serta mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.

"Jangan berkawan dengan lelaki Lombok kerana akhirnya akan menimbulkan masalah. Pada mulanya saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup, tetapi rupa-rupanya anggapan itu meleset," katanya.

Menceritakan pengalaman dua tahun tinggal di Lombok, Zarina berkata, dia hidup menderita kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, selain terpaksa makan ubi kayu empat kali seminggu kerana kesempitan hidup.

Malah, sepanjang tinggal bersama dengan lelaki itu dan hasil hubungan sulit mereka, dia melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia lima bulan.

Zarina berkata, dia percaya Suhelmi menggunakan pukau atau ilmu hitam kerana dia hanya mengikut saja apa yang diarahkan lelaki itu, termasuk mengikutnya ke Lombok.

Di Lombok, katanya, Suhelmi bekerja sawah dengan pendapatan Rp10,000 sehari (kira-kira RM2.50).

“Dengan pendapatan sebanyak itu memang tidak dapat menampung hidup. Malah bukan saja sering makan ubi kayu, tetapi sambutan Aidilfitri juga tidak dapat diadakan kerana kesempitan hidup," katanya.

Zarina berkata, dia pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat dari Lombok ke Batam sebelum menaiki bot pancung hingga ke Sungai Tiram, Johor.

Sementara itu, ibunya, Maryam Kasim, 49, bersyukur dan gembira kerana Zarina selamat kembali ke pangkuan keluarga - BH

STONE : Untuk adik-adik, ibu-ibu tunggal, atau bini orang sekali pun hati-hati lah dengan Mat Indon ni. Bukan bermakna kita anti mereka, mereka boleh bebas mencari rezeki di negara kita, tapi cukup untuk mencari rezeki, bukan mencari benda lain. Kes Zarina ini bukanlah merupakan kes pertama wanita Msia lari ke Lombok malahan sebelum ini sudah banyak kita dengar dan baca melalui akhbar cerita yang sama, tapi seolaholeh kes ini berterusan.
Pesanan : Jauhi lelaki Lombok ..
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sendiri cari penyakit.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger