Home » » Ugut Mengugut Amalan Umno-APCO!!

Ugut Mengugut Amalan Umno-APCO!!

Written By canang on Isnin, 27 Jun 2011 | 6/27/2011 04:59:00 PTG

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa Putrajaya secara semberono mengaitkan parti itu dengan usaha menghidupkan fahaman komunis sambil menegaskan ia salah satu alasan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Usaha terdesak polis untuk membawa alasan komunis zaman Perang Dingin satu cara oleh Umno-BN untuk kekal berkuasa dengan menakut-nakutkan orang ramai dan menjustifikasikan tindakan menggunakan ISA,” kata Setiausaha Agungnya S. Arutchelvan di sini hari ini.

Arutchelvan mengecam tahanan aktivis PSM kelmarin sambil mendakwa ia usaha awal sebelum membawa kepada penahanan lebih ramai orang menjelang Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.

Katanya, kesemua 30 anggota PSM pada awalnya ditahan di Pulau Pinang kelmarin kononnya mahu mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan juga kesalahan memiliki bahan terbitan berbaur hasutan, di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

“Tercetus keriuhan apabila mereka yang ditahan dalam percakapan mereka berkata hanya akan bercakap di mahkamah.

Polis marah dan meminta mereka yang ditahan memberikan kenyataan kedua.

“Selepas itu, mereka pergi ke kenderaan kami dan mendapati ada beberapa kemeja-T dengan gambar Rashid Maidin... maka kesemua 30 mereka dikenakan dakwaan tambahan, (disiasat) di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan,” kata Arutchelvan.

“Kami dituduh mahu melakukan perang ke atas Agong kerana memiliki kemeja-T ini,” katanya lagi.
Beliau berkata program yang dianjurkan oleh pihaknya di Pulau Pinang kelmarin - “Kempen Udahlah Bersaralah” tidak berkaitan secara langsung dengan Himpunan Bersih 2.0.

“Ia tiada kaitan dengan Bersih meskipun kami menyokong Bersih dan ada risalah mengenai perarakan (Bersih 2.0), program kami sudah lama diaturkan,” jelas Arutchelvan.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua petang kelmarin cuba menghidupkan semula fahaman komunis.

Beliau berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

“Antaranya risalah dan kemeja-T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, semua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM,” katanya.

Polis juga memohon perintah reman mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Mereka akan ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger