Home »
» Wan Azizah Yakin Kekuatan Jentera Parti Bawa Kemenangan Besar Pada PRU-13
Wan Azizah Yakin Kekuatan Jentera Parti Bawa Kemenangan Besar Pada PRU-13
Written By canang on Ahad, 19 Jun 2011 | 6/19/2011 09:13:00 PTG
SHAH ALAM 19 JUN : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru kesemua pimpinan parti dan perwakilan agar bangkit membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Malah Wan Azizah berkata, kemenangan dan kekalahan parti kini bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jentera parti dalam melangsungkan kempennya.
" Menang atau kalah calon-calon kita pada pilihan raya umum kelak akan ditentukan oleh kecekapan kita sebagai jentera parti. Jentera parti ini merangkumi pimpinan teratas sehinggalah adik-adik yang akan memasang bendera dan poster pada hari penamaan calon," ujarnya.
" Jangan ada dikalangan pemimpin yang berpandangan bahawa jentera parti hanya akan merujuk kepada cabang-cabang parti sahaja, kerana parti ini tidak ada tempat untuk hiraraki atau kedudukan," katanya ketika berucap di majlis Konvensyen Pilihan Raya PKR di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini.
Konvensyen pilihan raya PKR yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) mendapat sambutan luar jangkaan apabila ia dihadiri lebih 4,000 perwakilan.
Perwakilan PKR hadir dari seluruh negara untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
Walaupun agenda utamanya adalah serius, konvensyen ini secara keseluruhannya berlangsung dalam suasana yang cukup santai tetapi meriah.
Perwakilan dihidangkan dengan tayangan slaid persediaan pilihan raya diselang-selikan dengan persembahan ahli parti termasuklah pimpinan tertinggi parti.
Di antaranya, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencuri perhatian apabila muncul mempersembahkan nyanyian secara miming dan mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.
Katanya, perwakilan juga perlu terus mendekati rakyat supaya mereka lebih tawaduk dalam memuhasabah diri demi kepentingan rakyat.
Tegas Wan Azizah, beliau secara peribadinya mahu perwakilan mempergiatkan kempen-kempen mereka untuk mendekati rakyat dari segala pelusuk kawasan serta memfokuskan usaha terbabit kepada tiga perkara asas.
" Pertama memperhebatkan kempen dari rumah ke rumah dengan mengedarkan risalah dan memberikan sentuhan peribadi kepada pengundi-pengundi.
" Gerak kerja mengunjungi pengundi dari rumah ke rumah harus dibudayakan dalam parti sehingga Keadilan dikenali sebagai parti yang paling berkesan dari segi kempen rumah ke rumahnya,"katanya.
" Saya nasihatkan supaya setiap cabang supaya menubuhkan satu pasukan khas, juru kempen dari rumah ke rumah dan menyiapkan jadual untuk melawat semua pengundi sekarap mungkin kempen sebelum pilihan raya umum di panggil," tegasnya.
" Saya memohon supaya kuasa wanita didalam parti diserlah sepenuhnya. Kumpulan wanita adalah majoriti terbesar dan mereka sangat terbuka dalam kempen rumah ke rumah. Budaya kita mengalu-alukan tetamu, jadi kita perlu gunakan keunikkan ini untuk mendekati pengundi dengan lebih berkesan," katanya lagi.
Malah, beliau percaya dan yakin bahawa pimpinan wanita di segenap peringkat faham akan kedudukan dan kepentingan strategi mereka dalam memenangkan parti.
Oleh demikian, Wan Azizah menyeru pimpinan wanita melaksanakan satu bentuk kempen secara tersusun digerakkan dengan kadar segera.
"Saya nasihati agar setiap cabang supaya meneliti dan memperhalusi daftar pengundi terkini bagi mengenal pasti jika terdapat nama-nama yang diragui seperti mana yang dikatakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Katanya, ini kerana parti sangat peka akan usaha-usaha yang diwujudkan oleh Umno-BN untuk merosakkan kredibiliti dan kebebasan amalan pilihan raya di negara ini.
Namun katanya, ia perlu diterjemahkan melalui gerak kerja yang teliti diperingkat akar umbikeran tempoh bagi setiap bantahan ini sangat panjang dan tidak sesuai diadakan semasa menjelang kempen pilihan raya.
Tambah Wan Azizah, beliau menyeru semua perwakilan agar terus kekal dengan sikap rendah diri dan taqwa dalam saat-saat menghadapi pilihan raya umum kerana tidak ada masalah yang boleh diselesaikan.
Ujarnya lagi, sekiranya kepimpinan dan perwakilan sentiasa mengambil sikap bermusyawarah serta meletakkan kepentingan parti diperingkat tertinggi ia pasti tidak akan ada musuh yang berani mengganggu gugat semangat juang parti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan