Home » » GEMPAR..! Nama Yb Rahman Palil Disebut Dalam Perbicaraan Pembunuhan Kejam Sosilawati Lawiya

GEMPAR..! Nama Yb Rahman Palil Disebut Dalam Perbicaraan Pembunuhan Kejam Sosilawati Lawiya

Written By canang on Khamis, 7 Julai 2011 | 7/07/2011 09:00:00 PTG



Dalam sesi soal balas saksi perbicaraan kes pembunuhan kejam keatas Datuk Sosilawati bersama tiga yang lain; pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, dan Kamaruddin Shamsuddin di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, nama salah seorang ADUN Selangor, Yb Dato Haji Abdul Rahman Palil telah disebut...

Kawan baik kepada Sosilawati, Junaidah Ismail, 52 tahun telah disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, suspek utama kes ini, urusan yang membabitkan Rahman Palil.
Manjeet: Saya katakan Sosilawati ialah orang yang apabila dia sudah menjual tanah kepada sesuatu individu, akan membatalkan perjanjian sekiranya dia mendapat pembeli yang boleh menawarkan harga yang lebih tinggi terhadap tanah tersebut?

Junaidah: Saya tidak tahu, Wati tidak pernah beritahu.

Manjeet: Kamu kenal dengan Abdul Rahman Palil (Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa)?

Junaidah: Saya pernah dengar namanya.

Manjeet: Adakah Sosilawati beritahu kamu bahawa Abdul Rahman terlibat dalam urusan pembelian tanah dengannya?

Junaidah: Ya. Projek terakhir adalah kira-kira sebulan sebelum kehilangan Sosilawati.
Baca sepenuhnya..., sila klik sini

http://medan-info-kita.blogspot.com/
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan terkejut kalau nama Sharizat Jalil dikaitkan. Tanah di Penang adalah kepunyaan I&P dimana Sharizat Jalil adalah salah seorang exec. nya. Dato' Suhaimi cuma proksi. Dia kan S/U Sharizat.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger