KUALA LUMPUR : Di sebalik tindakan kerajaan menunding jari ke arah rakyat yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang dianggap sebagai merugikan negara, ahli parlimen Pakatan Rakyat menggesa kepimpinan itu mengenalpasti punca kebangkitan rakyat.
Justeru kekecewaan yang diluahkan rakyat melalui sebuah perhimpunan aman dan bertamadun petang semalam bukan alasan untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenepikan tuntutan rakyat.
"Rakyat tidak takut dan keluar untuk menunjukkan kekecewaan kerana Perdana Menteri tidak mengotakan janji," kata ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang ditemui media selepas perhimpunan Bersih semalam.
Beliau yang tiba agak lewat di Jalan Ampang berhadapan KLCC menyatakan kekesalan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memungkiri janji.
Beliau mengungkapkan perkara itu jarang berlaku di negara lain apabila menyaksikan kepimpinan tertinggi negara meremehkan tuntutan rakyat untuk mereformasikan sistem pilihan raya.
"Malang sekali kita dihalang dengan kuasa polis walaupun Perdana Menteri telah berjanji untuk memberikan stadium. Saya percaya kalau PM negara lain mereka akan pengang kepada kata. Tapi malang ianya tidak berlaku di Malaysia. Malah Agong telah perkenan," jelas beliau lagi.
Penganjur Bersih yang berjaya menghimpunkan lautan manusia di sekitar ibu negara semalam membuktikan perjuangan gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu disahut baik rakyat jelata.
Namun yang menyedihkan ujar beliau, pihak berkuasa terutama Polis di-Raja Malaysia (PDRM) bertindak melarang A. Samad Said selaku ahli jawatankuasa Bersih 2.0 untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong walaupun telah mendapat perkenan baginda.
Akibat daripada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataanya menuduh Bersih mengingkari perintah Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana bertegas untuk melakukan perarakan aman.
Walhal Tuanku Mizan dalam pertemuannya dengan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan awal minggu ini bertitah agar kerajaan memberi ruang kepada gabungan itu berbincang dengan pihak kerajaan dan membenarkan perhimpunan dilakukan di mana-mana stadium.
Home »
» Johari Abdul : Kenal Pasti Punca Kebangkitan Rakyat
Johari Abdul : Kenal Pasti Punca Kebangkitan Rakyat
Written By canang on Isnin, 11 Julai 2011 | 7/11/2011 05:02:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan