Home » » Kadar inflasi makanan negara

Kadar inflasi makanan negara

Written By canang on Isnin, 4 Julai 2011 | 7/04/2011 04:24:00 PTG

KUALA LUMPUR: Kadar inflasi makanan negara dicatatkan menurun ke paras 4.6 peratus pada Mei lepas berbanding 4.9 peratus pada bulan sebelumnya, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.

Tan berkata bagaimanapun kadar inflasi itu masih lebih rendah berbanding beberapa negara asing seperti Thailand (8.4 peratus), Indonesia (10.2 peratus), China (11.7 peratus) dan Korea Selatan (6.2 peratus).


"Inflasi bukan sahaja berpunca daripada kenaikan harga barangan makanan seperti gula, tetapi turut disebabkan oleh faktor bekalan," katanya menjawab soalan Senator Mariany Muhammad Yit pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata inflasi merupakan isu yang memerlukan tindakan bukan sahaja dari kerajaan, malah ia perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak terutama pengguna.


Tan berkata menerusi Portal 1Malaysia Pengguna Bijak di www.1pengguna.com, pengguna boleh mendapat senarai harga barangan dan membandingkan harga terbaik yang ditawarkan oleh pasar raya besar dan pasar raya, pasar basah dan kedai serbaneka 24 jam dalam negara melalui aplikasi "Price Watch
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger