Home » » Laporan: Sistem Baru SPR Masih Lindungi Pengundi Hantu

Laporan: Sistem Baru SPR Masih Lindungi Pengundi Hantu

Written By canang on Sabtu, 2 Julai 2011 | 7/02/2011 07:00:00 PG

Sistem baru online Suruhanjaya Pilihanraya tidak berupaya mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, sebagaimana yang dijanjikan oleh badan itu, lapor Malaysiakini.

Semalam Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar mendakwa sistem baru itu membolehkan seseorang pengundi memantau sama ada alamat rumahnya digunakan untuk mendaftar pengundi hantu.

Jika wujud kes sebegitu, pendaftar yang sah boleh mengemukakan aduan untuk tindakan lanjut SPR.

Bagaimana Malaysiakini mendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Sistem itu tidak akan memberikan maklumat mengenai jumlah pengundi dalam sesebuah rumah jika hanya alamat rumah disertakan dalam carian.

Penyelaras Jaringan Pemantau Pilihanraya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong berkata sistem carian baru SPR tidak menunjukkan sebarang kelainan berbanding kaedah sebelum ini.

“Apa yang kami perlukan ialah sebuah sistem yang membenarkan butir-butir tempat mengundi diperolehi berasaskan maklumat seperti alamat rumah dan bukan hanya dengan no kad pengenalan,” kata beliau.

Ong berkata SPR menolak cadangan itu beberapa tahun lalku kerana mendakwa ia membabitkan kos yang tinggi.

“Sebenarnya ia tidaklah mahal atau sukar dilaksanakan. Ia lebih kepada sama ada SPr mempunyai iltizam untuk berbuat demikian. SPR lebih cenderung untuk mengekang penyaluran maklumat kepada pihak awam,” tambah beliau.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger