Home » » Lelaki Cetuskan Kontroversi Mohon Tukar Jantina Di Mahkamah Dimasukkan Ke Wad ICU

Lelaki Cetuskan Kontroversi Mohon Tukar Jantina Di Mahkamah Dimasukkan Ke Wad ICU

Written By canang on Sabtu, 30 Julai 2011 | 7/30/2011 01:12:00 PG


KUALA TERENGGANU: Lelaki yang mencetuskan kontroversi apabila membawa kesnya ke mahkamah beberapa minggu lalu untuk mendapatkan kebenaran menukar jantina kini telah dimasukkan ke hospital setelah didapati muntah beberapa kali.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang dikatakan sedang menghadapi tekanan perasaan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada jam 3 pagi Jumaat.

Dia dimasukkan ke ICU selepas tekanan darahnya didapati rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, telah meminta kerjasama pihak media agar membenarkan anaknya berehat dan tidak diganggu ketika di dalam wad.

“Saya berharap pihak media memahami situasi yang sedang dialami oleh anak saya dan memberinya masa untuk pulih. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang komplikasi kesihatan yang serius,” ujar Abdul Aziz.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi di sini telah menolak permohonan Mohd Ashraf untuk menukar status jantinanya daripada lelaki kepada perempuan antara lainnya kerana dia tidak dapat mengemukakan bukti klinikal bahawa kromosom di dalam badannya telah berubah setelah melakukan pembedahan jantina di Thailand.

Mohd Ashraf dalam permohonannya juga telah meminta agar namanya pada surat beranak, MyKad, lesen memandu, bank akaun dan juga diploma yang diperolehinya ditukarkan kepada Aleesha Farhana Abd Aziz.

Bagaimanapun Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa, di dalam penghakimannya berhujah tidak wujud statut yang sah untuk membenarkan permohonan Mohd Ashraf hanya bersandarkan semata-mata kepada pembedahan pertukaran jantina.

Katanya, jantina seseorang itu ditentukan ketika dia dilahirkan dan tidak boleh ditukar hanya kerana berlakunya pembedahan.

Mohd Ashraf Hafiz, yang berasal dari Seberang Takir dekat sini telah menjalani pembedahan pertukaran seks di Thailand pada Mei 2009.
Share this article :

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walaupun pahit untuk diluahkan, golongan ini adalah dilaknat Allah.

zairil berkata...

Tanpa nama 11:47

Mulia sangatkah kita ni hingga tidak dilaknat Allah? Lupakah kita dalam setiap kejadian Allah juga telah sampaikan "Kun Fayakun".

Logik tak Allah nak laknat ciptaanNya sendiri? Sedangkan Anjing dan Babi juga mulia di sisi Allah.

Siapalah kita yang nak bercakap on behalf of Allah? Pastikah kita dapat hidu bau Syurga?

Taubatlah...jangan cuba menghina sesama manusia atas nama Allah. Hanya Allah yang ada hak, dan maha mengetahui rahsia ciptaannya.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger