Home »
» LIWAT II:Permohonan Anwar lucutkan hakim ditolak lagi
LIWAT II:Permohonan Anwar lucutkan hakim ditolak lagi
Written By canang on Rabu, 6 Julai 2011 | 7/06/2011 11:51:00 PG
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua oembangkang.
Keputusan oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh hakim Datuk Hasan Lah adalah sebulat suara ketika mereka membenarkan bantahan awal pihak pendakwaaan.
"Permohonan itu tidak tertakluk di bawah Seksyen 3 Akta Judikatur Mahkamah.
"Justeru, tidak bijak bagi menganggu penghakiman itu. Kita kekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak permohonan itu. Kami akan bekalkan butiran lanjut penghakiman kemudian,” katanya.
Dua hakim yang bersidang bersama adalah Hakim Abdul Malik Ishak dan Ahmad Maarop.
Peguam bela Anwar - Karpal Singh kenmudian memohon penangguhan prosiding sehingga perkara itu dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan