Home » » Demo dan Poster BERSIH Menyambut Najib di London,Gambar Najib, Rosmah MENGADAP Ratu BERSIH dan KEMPEN KUNING SETIAP SABTU

Demo dan Poster BERSIH Menyambut Najib di London,Gambar Najib, Rosmah MENGADAP Ratu BERSIH dan KEMPEN KUNING SETIAP SABTU

Written By canang on Jumaat, 15 Julai 2011 | 7/15/2011 04:23:00 PTG


Gambaran dan situasi ini tidak akan sesekali keluar di UtuSex, RTM, TV3. Jadi, sesiapa yang enggan membaca atau membuka kiriman ini memanglah rugi.

Menurut maklumat yang tersiar di blog Jalan Pulang, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London dikatakan terpaksa meminta bantuan polis London untuk membawa masuk delegasi Malaysia ke Mansion House di Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames.

Najib dan delegasinya dikhabarkan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom serta pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu.

Walau bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana, rombongan Najib terpaksa meminta bantuan polis kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, BERSIH, dan Mansuhkan ISA.


P/s: Haram tidak disiarkan di UtuSex, RTM, dan TV3! Tolong uar-uarkan kepada orang kampung dan puak penjilat UMCO!
http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/07/demo-dan-poster-bersih-menyambut-najib.html


Ratu Elizabeth telah menyambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Buckingham di tengah London pada hari Khamis. Apa yang tidak boleh dilupakan ialah pakaian berwarna kuning cerah yang dipakai oleh Ratu British, yang terkenal kerana kesopanan dan kecerdasannya.

Sama ada lucu atau tidak, Najib dan isterinya Rosmah Mansor menunduk rendah kepada Ratu walaupun jelas beliau dan isteri tidak disambut dengan permaidani merah.

Ketika diselubungi skandal cincin berlian raksasanya yang dikatakan bernilai RM24.4 juta (atau kira-kira USD 8 juta), Rosmah nampaknya telah memastikan tangannya tergenggam erat semasa mengambil gambar. Namun begitu, dia tidak mengelak daripada kelihatan memakai rantai mutiara yang bersaiz sebesar guli.

Bagaimanapun bukanlah barangan kemas mewah yang dipakai Rosmah yang diperkatakan. Tetapi pakaian kuning Ratu yang menarik perhatian.

Malahan bunga di dalam pasu turut berwarna kuning, dan ia dipercayai Ratu sengaja memilih warna itu untuk menghantar isyarat yang jelas kepada Najib kerana mengarahkan tindakan yang keras terhadap rakyatnya pada perarakan aman Sabtu lepas.

Perhimpunan Bersih 9 Julai lalu menyaksikan gas pemedih mata dan meriam air kimia telah ditembak terus kepada orang ramai yang membanjiri jalan-jalan di Kuala Lumpur, menyebabkan beribu-ribu orang cedera dan seorang meninggal dunia. Lebih daripada 1,600 telah ditangkap dan beberapa orang yang lain kekal di dalam tahanan tanpa bicara.

http://pulakdah.blogspot.com/2011/07/najib-rosmah-mengadap-ratu-bersih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EmpulakDah+%28Em...Pulak+Dah%21%29



Pakai Kuning Setiap Sabtu Sebagai Sokongan, Ajak Ambiga

KUALA LUMPUR 12 JULAI : Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini mencadangkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memakai pakaian berwarna kuning setiap Sabtu untuk menunjukkan sokongan secara berterusan dalam usaha mereformasikan proses pilihan raya di negara ini.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada satu sidang media di ibu negara hari ini.

"Sehingga reformasi pilihan raya dilakukan, kita meminta rakyat memakai warna kuning setiap hari Sabtu. Tak kiralah baju, atau sarung tangan atau apa-apapun yang berwarna kuning," kata beliau.

Sabtu lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia hadir berhimpun untuk menyokong tuntutan reformasi pilihan raya tersebut di pusat bandar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kerajaan pusat dan polis bertindak ganas dalam menyuraikan mereka dan seolah-olah cuba 'melenyapkan' perkara tersebut di media arus perdana.

Lapan tuntutan tersebut adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Ambiga turut menyambut baik tawaran untuk berbincang dengan Pemuda Umno mengenai sistem pilihan raya di Malaysia.

Menurut Ambiga, ia satu perkara yang sihat dan menyatakan Bersih bersedia menjemput sesiapa sahaja untuk mengadakan perbincangan terbuka termasuk Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) mengenai tuntutan mereka.

"Kami bersedia untuk berbincang dan berdebat secara terbuka dengan sesiapa pun. Saya rasa ia perkara yang sihat," kata beliau.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya menjemput Bersih untuk berdebat mengenai tuntutan tersebut.

Khairy turut menyatakan beliau dijadualkan mengadakan dialog bersama SPR dalam masa dua minggu dan menyatakan ianya lebih berkesan dari apa yang dilakukan Bersih.

Khairy pada hari sama dengan Bersih, memimpin 500 pemuda Umno yang dinamakan Patriot berarak sejauh 200 meter di Bukit Bintang bagi membantah himpunan Bersih 2.0
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bior betol...isshhh tak sangka 8 tuntutan di hantar sendiri oleh PM kpd kpd queen elizibet & diiringi penyokong2 bersih... eh! betol ke ni? hahahahaha....

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger