Home » » Ops Kesan 'Pengundi Hantu' Melalui Facebook

Ops Kesan 'Pengundi Hantu' Melalui Facebook

Written By canang on Jumaat, 8 Julai 2011 | 7/08/2011 11:12:00 PG


PETALING JAYA 7 JULAI : Wanita PKR bersama sayap angkatan mudanya hari ini melancarkan operasi mengesan 'pengundi hantu' melalui Ops IC yang digerakkan melalui laman sosial Facebook.

Rangkaian 'Road to Putrajaya' di laman berkenaan bertujuan untuk mengumpulkan maklumat berhubung pengundi yang diragui.

Ketua pengarah operasinya, Azwan Ramli berkata maklumat berhubung pengundi yang diragui itu kemudiannya akan dibawa ke majlis pimpinan pusat PKR.

"Kemudian kita akan siasat di jabatan imigresen dan juga jabatan pendaftaran," tambahnya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Setakat ini, operasi berkenaan berjaya mengesan antara lainnya dua kumpulan pengundi, masing-masing seramai 66 dan 88 orang di dua buah rumah di kawasan parlimen Permatang Pauh.

Operasi berkenaan juga mengesan sejumlah pengundi dikhuatiri mempunyai dokumen pengenalan berbeza, kata Azwan lagi.

Sementara itu, ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, maklumat itu kemudiannya akan "dilambakkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya" bagi membolehkan suruhanjaya itu membuat pemutihan daftar pemilih.

Langkah itu akan diambil memandangkan amalan selama ini memerlukan bayaran sebanyak RM10 untuk setiap semakan pengundi.

"Sepatutnya kerajaan menyediakannya bagi memastikan daftar pemilih dibersihkan," katanya lagi dalam sidang media sama.M'siakini.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger