Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bahawa individu yang menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah pada April tahun lepas, gagal dikenal pasti kerana terdapat dua anggota polis yang melepaskan tembakan pada hari kejadian.
Pakar forensik, Amidon Anan yang merupakan bekas Ketua Unit Siasatan Forensik (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, Jabatan Kimia juga gagal mengenal pasti senjata yang digunakan untuk menembak mangsa.
“Perkara ini disahkan sendiri oleh Jabatan Kimia yang membuat analisis ke atas dua senjata api yang menyatakan anak peluru itu tidak dapat digandingkan dari mana-mana senjata tersebut.
"Saya berpendapat apabila pemprosesan GSR (sisa tembakan) tidak dilakukan semasa di tempat kejadian, ia merupakan salah satu aspek yang telah menggagalkan siasatan CSI.
“Dalam kes ini, Mazli (Cif Ins Mazli Jusoh @ Che Kob yang mengetuai pasukan forensik) juga jelas tidak ikut SOP (prosedur operasi standard) kerana jika ikut SOP, saya percaya anak peluru dalam kepala (mangsa) dapat diganding dengan mana-mana senjata yang telah dikemuka pada pihak Jabatan Kimia dan akan menghasilkan keputusan yang sempurna,” katanya pada perbicaraan Koperal Jenain Subi hari ini.
Jenain, 48, diperintah membela diri atas pertuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, di Jalan Tarian 11/2 di sini, pada 26 April 2010. – Bernama
Home »
» Penembak sebenar Aminulrasyid tak dapat dikenal pasti
Penembak sebenar Aminulrasyid tak dapat dikenal pasti
Written By canang on Jumaat, 22 Julai 2011 | 7/22/2011 11:45:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan