Home » » Perbicaraan Sosilawati: "Kamal Ambil Gambar Bogel Aku"di bilik mandi

Perbicaraan Sosilawati: "Kamal Ambil Gambar Bogel Aku"di bilik mandi

Written By canang on Jumaat, 8 Julai 2011 | 7/08/2011 05:45:00 PTG


Teman rapat Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Habishah Bahari, 43, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, jutawan kosmetik itu memaklumkan pemandunya bernama Kamal ada mengambil gambar bogelnya.

Saksi pendakwaan ke-16 itu yang mengenali Sosilawati sejak belasan tahun lalu berkata, maklumat itu dimaklumkan Sosilawati melalui panggilan telefon pada kira-kira jam 7.30 malam, pada hari dia dilaporkan hilang 30 Ogos tahun lalu.

Habishah yang bekerja sebagai tukang jahit di Plaza Idaman, Gombak berkata, panggilan itu diterimanya ketika dia berbuka puasa di rumah seorang rakannya.

“(Sosilawati kata) Wei! Aku tak percaya Kamal... Kamal ambil gambar bogel aku. Kau pergi ke rumah masuk, masuk ke dalam bilik air... kau tengok kalau ada kamera tersorok tak?,” katanya.

Saksi itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain, . -HM


Pembunuhan Banting: Gerak Hati Sahabat 'Sesuatu' Berlaku

SHAH ALAM: Nada suara jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang lembut kira-kira sejam sebelum beliau mati dibunuh menyebabkan gerak hati sahabat baiknya merasakan 'sesuatu' sedang berlaku terhadap pengasas produk kecantikan Nouvelles Vissages tersebut.

Tukang jahit, Habishah Bahari, 43, berkata, pada 30 Ogos 2010 Sosilawati telah menghubunginya sebanyak tiga kali bermula pada pukul 7.30 malam, iaitu semasa dia sedang berbuka puasa di rumah kawannya sebelum diikuti panggilan kedua dan ketiga yang berselang antara lima hingga 10 minit.

Katanya, pada kali pertama, Sosilawati menyuruhnya supaya memeriksa bilik air di rumah beliau di Taman Harmonis, Gombak, dekat sini bagi mencari kamera kerana dikatakan pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin atau Kamal telah mengambil gambar bogelnya.

"Selepas saya dapat panggilan itu, saya jadi hairan kerana tiada petunjuk yang Kamal boleh mengambil gambar beliau," katanya di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Saksi pendakwaan ke-16 yang sedang disoal pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani seterusnya memberitahu, dua panggilannya kepada Sosilawati tidak dijawab, bagaimanapun Sosilawati ada menghubunginya kembali.

Habishah: Saya tanya pada dia, 'Kak Wati, kau cakap apa ni, aku tak faham?' dan dia jawab 'Tak pe, kau pergi dulu kat rumah aku, masuk bilik dan periksa bilik air. Nanti balik aku cerita'.

Idham: Selepas itu, kamu ada terima panggilan lain?

Habishah: Ya, saya ingat selepas saya menunaikan solat Maghrib. Dia cakap 'Shah (panggilan saksi), Kak Wati tak balik tiga hari, pergi Genting Highlands.

Wanita yang memakai baju kemeja berwarna putih dan bertudung hitam itu kemudiannya memberitahu, secara tiba-tiba dia merasa risau, berdebar-debar dan tidak sedap hati selepas mendengar panggilan terakhir tersebut.

"Saya tidak sedap hati kerana dia cakap 'Kak Wati' dengan nada yang lembut... (semasa ini, nada suara Habishah mula tersekat-sekat dan dilihat mengesat air matanya menyebabkan Idham memohon agar prosiding ditangguhkan sebentar untuk saksi menenangkan diri).

"Biasanya kalau dia susah hati atau ada masalah, dia akan bahasakan diri sebagai 'Kak Wati'. Selalunya dia akan cakap 'aku'. Jadi, bila dia bercakap begitu, saya dapat rasa macam ada sesuatu yang menyebabkan beliau susah hati," kata saksi yang mengenali mangsa sejak belasan tahun lalu.

Seterusnya, saksi memberitahu bahawa dia telah bertolak ke rumah Sosilawati pada sekitar pukul 11 malam, 30 Ogos 2010 dan berjumpa dengan dua anak Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari dan Erni Rineelawati dan berada di sana kira-kira dua jam.

Katanya, dia memilih untuk ke rumah mangsa pada waktu itu kerana dia tahu rumah tersebut akan kosong ekoran anak-anak Sosilawati berbuka puasa di luar.

"Selalunya begitu, jika Sosilawati ada, beliau selalu memasak, jadi anak-anak akan makan di rumah," katanya.

Pada keterangan lain, Habishah memberitahu, Sosilawati ada memberitahu beliau akan ke Banting, dekat sini untuk berjumpa peguam bernama 'Pathma' untuk menukar tarikh cek semasa mereka berdua dalam perjalanan pulang dari Johor selepas menghadiri majlis bersempena Hari Wanita pada 25 Ogos 2010.

Katanya, Sosilwati mahu menukar tarikh cek untuk dipercepatkan kepada sebelum Hari Raya Aidilfitri dan turut mengajaknya untuk menemani beliau.

"Tapi saya tidak temankan beliau kerana waktu itu saya sibuk. Selalunya beliau akan telefon, tapi beliau tidak buat begitu. Jadi, saya rasa saya tidak ikut.

"Saya ada telefon beliau pada pukul 5 petang dan Kak Wati kata 'Aku dah bergerak ke Banting. Aku tunggu kau, kau tak datang pejabat aku. Aku nak cepat'," katanya.

Sementara itu, semasa disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon, Habishah menafikan bahawa tindakannya pergi ke rumah Sosilawati selepas dia menerima panggilan pertama bukan kerana dia beranggapan perkara itu tidak penting.

Habishah: Saya kena berbuka puasa, sebagai seorang Muslim saya kena solat dan saya kena siapkan kerja saya.

Manjeet: Apa yang lebih penting? Kerja atau sahabat yang kamu kata macam ahli keluarga?

Habishah: Kerja saya lebih penting.

Selain itu, Habishah juga kelihatan tidak begitu menyenangi cadangan yang diutarakan oleh Manjeet bahawa dia telah berbincang dengan anak-anak Sosilawati mengenai apa yang perlu dijawab di dalam mahkamah.

Ini kerana menurut Manjeet, mereka semua berada di dalam sebuah bilik di mahkamah yang berkunci dari dalam dan turut diawasi oleh dua pengawal peribadi yang dikatakan diupah oleh anak Sosilawati.

"Saya duduk di situ kerana saksi disuruh duduk di situ!," jawab Habishah dalam nada yang agak keras menyebabkan mereka yang berada di mahkamah ketawa.

Pada perbicaraan yang masuk hari ke-empat, saksi yang menetap berhampiran dengan rumah Sosilawati juga menafikan bahawa dia berbohong di dalam mahkamah.

Menjawab soalan peguam Amer Hamzah Arshad pula, Habishah memberitahu dia tidak akan terus membuat laporan polis sekiranya mendapat ugutan gambar bogelnya mahu disebarkan, sebaliknya akan berfikir apakah langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah itu.

Dia juga mengakui tidak tahu mengapa Sosilawati perlu membawa seorang peguam dan pegawai bank jika tujuan utama mangsa ke sana hanya untuk menukar tarikh cek kerana perkara tersebut boleh diuruskan menerusi panggilan telefon.

Habishah sedang memberi keterangan terhadap peguam, N. Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Khatavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan Kamaruddin, 44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 8.30 dan 9.40 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Perbicaraan akan bersambung Jumaat. -mstar

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger