Home » » Ramai wanita Arab Saudi pukul suami

Ramai wanita Arab Saudi pukul suami

Written By canang on Rabu, 20 Julai 2011 | 7/20/2011 08:00:00 PTG


JEDDAH: Kira-kira 145 isteri memukul suami masing-masing setiap bulan di Arab Saudi dan perbuatan mereka menyumbang kepada 20 peratus kadar purata tahunan bagi kes seumpama itu menurut laporan polis Jeddah.

Isteri hanya bertindak melakukan keganasan fizikal selepas mencapai tahap yang tidak dapat dibendung dan dikawal, kata anggota Suruhanjaya Hak Asasi Arab Saudi, Fathiyyah Al-Qurashi, yang dipetik akhbar Arabnews.
Fathiyyah menolak semua jenis keganasan tidak kira yang dilakukan lelaki atau wanita, tetapi berkata wanita mempunyai beberapa cara untuk meluahkan kemarahan termasuk keganasan.

Beliau meminta supaya lebih banyak pusat kaunseling keluarga dan institusi sosial diwujudkan bagi mengendali trend ini.

“Kita perlu memberi perhatian lebih kepada masalah ini sebelum ia menjadi lebih teruk,” tambahnya.

Ketua Jabatan Perdamaian di Mahkamah Awam, Makkah, Mokhtar Muhammad Mawloud yang juga kaunselor keluarga memberitahu yang jabatannya turut menyelesaikan pertelingkahan antara suami dan isteri.

“Ada satu kes, isteri sering memukul suaminya, tetapi suaminya sering mendiamkan diri dan hanya membuat laporan mahkamah selepas tidak tahan dipukul di depan keluarga mentuanya,” katanya.
Mokhtar berkata satu lagi kes, seorang isteri memukul suaminya secara ganas kerana suaminya mengejutkan wanita itu untuk solat Subuh.

“Lelaki itu mengadu yang beliau hanya mengejutkan isterinya yang sedang tidur lena untuk mengerjakan solat Subuh. Wanita itu naik berang dan mula memukul suaminya. Lelaki itu kemudian membuat aduan ke mahkamah,” katanya. – Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger