Home »
» Sultan seru rakyat Selangor jaga perpaduan
Sultan seru rakyat Selangor jaga perpaduan
Written By canang on Jumaat, 8 Julai 2011 | 7/08/2011 09:00:00 PTG
HULU SELANGOR, 8 Julai: Seluruh rakyat Selangor diseru hidup dalam keadaan bersatu-padu dan mengelakkan perbalahan antara satu sama lain disebabkan ideologi politik yang berlainan.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj bertitah, baginda amat sedih jika rakyat Melayu di Selangor berpecah belah disebabkan pendapat politik yang berlainan.
Titah baginda, negara kita telah merdeka sebegitu lama dan baginda percaya rakyat Melayu di Selangor telah banyak mempelajari dan mengetahui akan kemajuan hidup yang telah dicapai dan akan dicapai.
"Beta percaya rakyat Melayu di negeri Selangor ini juga mempunyai pemikiran yang waras dan terbuka yang boleh menilai kebaikan untuk negeri dan bangsa," titah baginda ketika merasmikan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Rawang, di sini, hari ini.
Orang Melayu, titah baginda, jangan terlalu mengikut emosi dan cepat terpengaruh dengan hasutan-hasutan yang tidak memberi keuntungan serta manfaat kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa dan agama.
Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Selangor yang peka dan prihatin terhadap usaha-usaha mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam negeri Selangor, walaupun terdapat beberapa golongan yang cuba mencetuskan provokasi-provokasi yang tidak diingini sejak kebelakangan ini.
Majlis bersejarah itu berlangsung sekitar jam 12 tengah hari dan turut dihadiri Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Antara lain-lain kenamaan yang hadir termasuklah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Mohd Arif Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.
Terdahulu dari itu, Marzuki Hussin dalam ucapannya menjelaskan, sejarah Masjid As-Salam. Bukit Sentosa bermula secara umumnya sekitar tahun 1997, ekoran peningkatan penduduk di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung yang mendesak kepada pencarian tapak bagi mendirikan masjid di sekitarnya.
Menurut beliau, masjid itu didirikan bukan sekadar digunakan untuk mendirikan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat, malah merupakan jantung dan nadi kepada umat Islam bagi perlaksanaan kegiatan rohani, pendidikan dan kemasyarakatan.
Katanya, sebelum kemunculan masjid itu, masyarakat Islam setempat mendirikan solat Jumaat di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, memandangkan itu sahaja kemudahan yang dimiliki umat Islam bagi menunaikan solat Jumaat dan merancang segala aktiviti berkaitan umat Islam ketika itu.
Namun masyarakat setempat akhirnya telah berusaha membina sebuah surau di kawasan itu yang terletak di Taman Perumahan Teratai yang dinamakan Surau Al-Bayan.
"Dari sebuah surau biasa, Surau Al-Bayan telah diberikan kebenaran oleh JAIS bagi menunaikan solat Jumaat. Hasil kesungguhan penduduk setempat, pada tahun 2003 sebuah tapak berukuran 6 ekar yang berhampiran Sekolah Rendah Agama Islam Bukit Sentosa telah diberikan oleh JAIS bagi mendirikan sebuah masjid.
"Pembinaannya telah memakan masa 2 tahun dan majlis penyerahan kunci telah disempurnakan pada 29 November 2004," katanya.
Dengan kos pembinaannya sebanyak RM3,950,000.00, Masjid As-Salam Bukit Sentosa dilengkapi dengan pasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memberikan keselesaan kepada jemaah yang hadir.
"Dalam masa yang sama juga, Masjid As-Salam turut mampu menampung jemaah sehingga 3,500 orang. Masjid ini turut dilengkapi dengan 3 buah bilik kuliah, bilik jenazah, bilik kaunseling, bilik jurunikah, bilik imam, bilik siak, pejabat pentadbiran dan stor bagi penyimpanan barang-barang," jelasnya.
Sementara itu, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam perutusan khasnya dalam buku atur cara majlis perasmian masjid itu berkata, sesungguhnya, pembinaan masjid itu sangat berhubung kait dengan usaha menegakkan harakatul-Islamiyyah iaitu pembinaan roh tauhid yang bersih daripada pemujaan taghut seperti berhala, idealisme dan tuhan yang selain Allah SWT.
Ini, katanya, bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Jinn, ayat 18 yang bermaksud: "Dan sesungguhnya masjid-masjid itu kepunyaan Allah (untuk beribadah kepada-Nya). Maka janganlah kamu menyembah sesiapa pun di dalamnya bersama-sama Allah".
Dengan demikian, katanya, masjid yang dibina kerana Allah (surah At-Taubah, ayat 108) dapat memperkasa akidah ummah, membina akhlak dan memberi kefahaman kepada ummah seluruhnya berkenaan syariat Islam yang syumul.
"Kita mahu melihat masjid berperanan untuk mengislah masyarakat dengan penyusunan pelbagai aktiviti dan program yang boleh menarik minat golongan sasar, terutama para remaja dan belia, hadir ke masjid untuk beribadat atau melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan di dalam atau di persekitaran masjid.
"Mudah-mudahan dalam kalangan jemaah ini kelak muncul sejumlah pejuang dan pembela agama yang diredai Allah," katanya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
juak2 umno mempertikai kenapa pas sanggup bersekongkol dengan seorang hindu yang nt islam dalam mengadakan perhimpunan bersih untok menuntut keadilan dalam pilihan raya, sebenarnya mereka juak2 umno tidak sedar dan tidak pernah sedar bahawa umno sebenarnya lebih nt islam dari seorang hindu yang tidak mempunyai kuasa apa2 dalam negara ini sedangkan umno telah merintah lebih 53 tahun, ribu2 dikalangan melayu islam telah murtad sedangkan umno ada kuasa untok mencegah,dan umno tidak pernah bercita2 untok melaksanakan undang2 islam malah ada dikalangan pemimpin2 umno sentiasa mempermainkan dan memperlekehkan hukum islam umno juga menganggap politik tidak bercampor dengan agama atau dalam agama tidak ada politik sebenarnya pahaman seperti ini boleh membawa kepada rosak akidah yakni jadi kafir kerana telah terkeluar dari aktiqat ahlusunahwaljamaah sekiranya umo mengangap hindu ambiga bahya kepada islam maka umno sebenarnya lebih bahaya darinya kerana umno pada zahirnya nampak islam tapi hakikatnya munafik.

Catat Ulasan