Home » » Urutan manja di pantai kawasan terbuka tanpa mempedulikan orang ramai

Urutan manja di pantai kawasan terbuka tanpa mempedulikan orang ramai

Written By canang on Sabtu, 30 Julai 2011 | 7/30/2011 09:08:00 PTG

Aksi romantis sepasang kekasih yang asyik melakukan urutan manja di tepi pantai secara terbuka membawa padah apabila dicekup kerana berkelakuan kurang sopan di Pesisiran Pantai Queensbay, malam kelmarin.

Kedua-dua pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan jam 8 malam.
Ketua Penolong Pengarah JHEAIPP, Jaafar Ismail berkata, kedua-dua pasangan itu dilihat asyik bercengkerama di kawasan terbuka tanpa mempedulikan orang ramai.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan, pasangan wanita asyik mengurut leher teman lelakinya sambil bergurau manja dan perbuatannya disaksikan pegawai penguat kuasa agama.


Katanya, ketika menghampiri pasangan itu, mereka terkejut sebelum ditegur pegawai penguat kuasa agama dan pasangan wanita itu memberi alasan mengurut leher teman lelakinya kerana keletihan bekerja.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger