Wartawan hiburan neh telah menderhaka kepada Agong. Pertama perhimpunan neh bukan perhimpunan haram. Sebab itu dalam titah Agong menyebut kumpulan bersih. Kedua, menurut titah Agong kerajaan harus melayan rakyat dengan adil. Ketiga Agong tidak mahu kerajaan membuatkan rakyat membenci kepada kerajaan. Keempat, Agong bertitah tuntutan demokrasi tidak akan menjejaskan keamanan negara. Dan yang kelima dan yang paling penting Agong tak pernah bertitah batalkan perhimpunan pada 9 julai ini.
Jadi ko yang bernama syed mungkin patut amend balik penulisan ko pada semalam. Aku pun bukan minat nak menyibuk sangat dalam artikel ko yang gemar mengumpat artis. Ko katakan mengumpat artis ialah punca ko cari rezeki. Okey fine, go on. Lantak ko lah. Tapi sekarang ko telah mencucuk kemarahan aku bilamana ko kaitkan segala bagai konsert yang dibatalkan dengan perhimpunan bersih. Otak ko tue ada senget.
Apa maksud ko bila bercakap kami akal ada kurang cerdik? Ko ada pernah tak mendekati kami dan mengambil tahu urusan kami kenapa kami mahu kan BERSIH pada 9 julai neh? Ko ada faham tak yang polis lah yang menyuruh pihak penganjur membatalkan segala bagai aktiviti yang berkaitan pada hari itu dan bukan nya kami? Dalam erti kata lain yang menghuru harakan suasana ialah pihak sebelah sana, dan bukan di pihak sebelah kami. Aku nak tanya ko, adakah konsert raksasa dan teater mak dara itu "halal" menurut tafsiran islam?
Jika ko kata kami menyusahkan dan perhimpunan neh haram, maka ada kah dua perkara yang terpaksa di batalkan di atas neh ialah halal? Ko boleh jawab tue tak? Ko ada fb tak? Aku teringin betul lah nak slowtalk dengan ko neh. Aku betul2 tak puas ahti cara ko menggunakan medium hiburan untuk mengutuk perhimpunan bersih. Ko fikir ko punya dunia dah cukup bagus dan HALAL?
Kalau ko sendiri tiap2 minggu dok meroyan kutuk artis pongpang sana sini ko tak payah BISING MEMEKAK pasal HARAM lah woit! Aku faham sangat kita sebagai manusia tidak patut menilai manusia yang lain. Aku pun bukan nak menilai dunia ko. Tapi masalahnya sekarang ko dah menyibuk dalam dunia orang lain. Menyibuk satu hal, satu hal yang lain ko MENILAI kami pula. Ini pasal aku HOT beb. Ko tue yang kurang CERDIK. Bukan nya aku ataupun peserta2 perhimpunan bersih. Sekurang2nya kami berani meluahkan apa yang salah dan menegakkan apa yang betul. Bukan macam ko.
Hanya berani mengata artis tapi tak berani sebut nama artis dalam paper. Konon nya nak jaga aib artis. Amboiii bagus gila arh alasan ko tue kan? Mengumpat di sisi islam halal sangat ke sekarang neh? Menyebarkan kisah yang belum tentu benar halal sangat ke disisi islam? Sikit2 sebut sumber A. Tak pun sumber B. Ataupun sumber C. Alasan yang digunakan untuk kutuk artis. Lepas tue yang aku paling menyampah sekali bila korang wartawan2 hiburan suka tulis macam neh ;
Contoh : Sumber a nampak artis b berlagak diva dalam bilik solek. Amboii artis b ko ingat ko bagus sangat..blablablablab sambung mengumpat.
Pertama : ko tahu siapakah artis b yang dimaksudkan, betul? Ko napa ko tak DIRECT je tanya artis B tue betul ke dia berperangai macam tue? Owh.. no.. ko tak boleh berbuat demikian. Mana ko ada gossip nanti. So, korang para wartawan mengumpat dulu artis tersebut dalam majalah. <-- satu kisah untuk di jual
Kedua : Bila artis tersebut terasa macam diperli, maka dia pun calling2 lah wartawan dan explain. Siarkan lagi dalam paper. <-- satu kisah untuk dijual lagi.
So, senang lah hidup dan kerja ko. Hanya perlu cari keburukan artis dan mencanangkan ke seantero dunia. Lepas tue dapatlah ko gaji tiap2 bulan. Ini halal sangat ke? Owh.. no aku bukan bagus untuk mengatakan ko tidak bagus. Aku tak pernah mengangap aku bagus sekalipun. Aku cuma nak ko faham tiada di antara kita pun yang bagus untuk menilai orang lain. Oleh kerana itu ko, sila blah dan boleh blah terus mengumpat artis sebagaimana yang ko suka tetapi jangan pongpang2 masuk dalam dunia kami selagi ko tak mendekati kami. Sekian.
Kalau syed neh ada fb sila sampaikan luahan aku kepada dia. Thanks.
Ameno : Bapoknya aku.. Auwww..
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/wartawan-hiburan-ini-kutuk-perhimpunan.html#ixzz1R6kYXQzn
Home »
» Wartawan hiburan ini kutuk perhimpunan BERSIH.
Wartawan hiburan ini kutuk perhimpunan BERSIH.
Written By canang on Isnin, 4 Julai 2011 | 7/04/2011 03:04:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan