Home » » 10sen baru: Presiden Umno didakwa terima pengaruh Yahudi Freemason?

10sen baru: Presiden Umno didakwa terima pengaruh Yahudi Freemason?

Written By canang on Isnin, 8 Ogos 2011 | 8/08/2011 08:00:00 PG


Najib freemason Yahudi?

Blogger mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjelaskan mengenai pengaruh freemason Yahudi dalam duit syiling 10 sen yang baru dicetak oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

MiloSuam bertanya, mengapakah logo ‘Star of David‘ yang lazim pada bendera Israel boleh ditempa di permukaan syiling 10 sen baru.

“Satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak ‘Star of David‘ yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10.

“Persoalannya, adakah ‘Star of David‘ sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan?

“Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

“Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Jika ’Star of David‘ pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?” soalnya di http://milosuam.blogspot.com.

Dakwan terbaru itu, menurut sumber, sekaligus mendedahkan mengenai iltizam politik Najib yang didakwa sanggup membayar kira-kira RM77 juta kepada Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide yang sebelum ini turut dikaitkan dengan pengaruh Yahudi Israel.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger