LABUAN: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI) sehingga kini menangkap 11 individu kerana kesalahan makan dan minum di tempat awam di bulan Ramadan dan sepasang kekasih kerana disyaki berkhalwat.
Ketua Penolong Pengarah JAWI Labuan, Ghazali Saad, berkata operasi dimulakan
sejak minggu pertama bulan puasa dengan tumpuan kepada kedai makan yang beroperasi pada siang hari.
"Tangkapan itu bukan bertujuan memalukan seseorang tetapi sebagai pengajaran
kepada masyarakat Islam untuk menghormati bulan Ramadan," katanya hari ini.
Beliau berkata, mereka yang tidak berpuasa boleh didenda tidak lebih RM1,000
atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan kali kedua, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Ghazali berkata, pesalah khalwat boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau
penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. - BERNAMA
Home »
» 13 ditangkap tidak puasa, khalwat di Labuan
13 ditangkap tidak puasa, khalwat di Labuan
Written By canang on Ahad, 21 Ogos 2011 | 8/21/2011 06:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan