Home »
» Bersih 2.0 : 1,100 PR dalam daftar pengundi S'gor
Bersih 2.0 : 1,100 PR dalam daftar pengundi S'gor
Written By canang on Rabu, 3 Ogos 2011 | 8/03/2011 11:28:00 PTG
PAS mendakwa telah mengesan lebih 1,000 penduduk tetap (PR) di Selangor, yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi, dan ini, menurut parti itu, mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada setakat 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara.
Selepas mengenalpasti kehadiran orang asing dalam senarai pemilih yang yang pengundi di Selangor, badan pemantau pilihan raya Pemuda PAS negeri itu, menggesa ahli di negeri-negeri lain supaya meneliti daftar tambahan pengundi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu (EC) di kawasan masing-masing.
"Di Selangor ada lebih kurang 1,100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa," kata pengarah jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzah.
Semalam, PAS Wilayah Persekutuan mendakwa telah mengesan 52 kes penduduk tetap disenarai sebagai pengundi apabila mengemukakan bantahan kepada SPR Wilayah Persekutuan.
Sama seperti Malaysiakini yang mengesan seorang penduduk tetap bernama 'Mismah', setiausaha PAS kawasan Titiwangsa, Hedzer Ibrahim berkata pada jam 3 petang, 52 penduduk tetap tersebut telah dikategorikan sebagai warganegara Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan