Home » » Hanya Mentega Gold Churn New Zealand Tak Halal

Hanya Mentega Gold Churn New Zealand Tak Halal

Written By canang on Ahad, 21 Ogos 2011 | 8/21/2011 03:00:00 PTG


KUALA LUMPUR 20 OGOS : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan hanya mentega jenama 'Pure Creamery Butter - Golden Churn Butter'keluaran syarikat Ballantyne Food Pty (New Zealand) tidak halal.

Bernama Online memetik Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan Jakim dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak serta Jabatan Agama Islam Johor pada 8 Ogos lepas.

Sehubungan itu, Jakim menegur media yang menyiarkan maklumat atau memaparkan gambar produk selain keluaran syarikat beralamat di Allen Street Morrinsville 3340, New Zealand berkenaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu, yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis, sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA babi, menyebabkan industri makanan berkenaan terjejas.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger