Home » » Kes PKFZ: Saksi aku tidak pernah adu kos berlebihan

Kes PKFZ: Saksi aku tidak pernah adu kos berlebihan

Written By canang on Selasa, 2 Ogos 2011 | 8/02/2011 10:19:00 PTG


KUALA LUMPUR 2 Ogos - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Datuk Sahari Mahadi mengaku beliau tidak pernah membuat aduan mengenai jumlah lebihan kos projek pembelian tanah di Mukim Klang pada mesyuarat pasca Kabinet.

Beliau berkata mesyuarat pasca Kabinet mula dihadiri pada November 2002 hingga 2003, namun tidak memaklum mengenai lebihan kos berbanding penilaian yang dibuat sendiri oleh jabatannya.

Saksi pendakwaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong pada perbicaraan kes Tun Dr. Ling Liong Sik yang didakwa menipu Kerajaan Malaysia dalam pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger