Home » » Lebih 50 Tahun Tadbir Kerajaan, Umno Gagal Tunjuk Teladan Islam

Lebih 50 Tahun Tadbir Kerajaan, Umno Gagal Tunjuk Teladan Islam

Written By canang on Isnin, 1 Ogos 2011 | 8/01/2011 08:00:00 PTG


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan Umno-Barisan Nasional(BN) yang selama ini didakwa kononnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya, gagal dalam merealisasikan hasrat menggunung mereka untuk memperjuangkan dasar tersebut.

Abdul Hadi berkata, walaupun sudah lebih 50 tahun mentadbir negara, slogan Islam yang diperjuangkan oleh mereka hanya menjadi nostalgia dan kenangan kerana tidak berjaya untuk mempraktikkan apa yang dilaungkan sejak menerajui kepimpinan negara.

Menurut Abdul Hadi, Umno tidak menjadikan parti mereka sebagai sebuah parti contoh yang boleh diteladani dalam memberi kefahaman kepada bukan Islam.

"Umno juga gagal untuk meyakini rakan mereka seperti MCA, Gerakan, MIC, PBS dan komponen bukan Islam yang lain untuk memahami konsep Islam yang dibawa oleh mereka.

"Apabila PAS cuba menyatakan kebenaran dengan menunjukkan teladan yang baik dan menjadi tuntutan syariat, Umno akan menentang walaupun mengetahui kebenaran yang ada, " katanya dipetik Harakhadaily ketika berucap di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri padang awam, Taman Bandar Baharu, Sungei Lalang, di sini malam tadi.

Beliau juga berkata, dalam tempoh singkat pemerintahan PAS dan PR di Kedah, usaha bagi mengekang maksiat dan kebatilan turut dibantah oleh Umno dan BN.

"Kenapa semasa PR perintah, hendak sekat umat Islam dari melakukan maksiat di tempat-tempat hiburan atau melalaikan, Umno yang didakwa memahami Islam, hendak menyekat usaha yang menjadi tuntutan ini.

"Sepatutnya Umno yang meluluskan enakmen hiburan tersebut pada tahun 1997 semasa memerintah dulu, menyokong untuk kebaikan umat Islam sendiri, bukannya menentang.

"Soal agama tidak harus dipolitikkan demi fahaman sempit yang menunjukkan kedangkalan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenarnya," tambahnya lagi.

Jelasnya lagi, PAS adalah sebuah parti yang mampu untuk mengorak langkah membawa perubahan dalam pilihan raya umum yang akan datang, bukan saja kepada seluruh rakyat negara ini, malah mampu membawa reformasi dalam sistem pemerintahan negara.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger