Home » » Lubang hitam telan bintang dan menyedut apa saja benda berhampirannya

Lubang hitam telan bintang dan menyedut apa saja benda berhampirannya

Written By canang on Sabtu, 27 Ogos 2011 | 8/27/2011 01:30:00 PTG

P

ARIS - Satu fenomena luar biasa lubang hitam menelan dan menghancurkan satu bintang berjaya dirakamkan buat pertama kali oleh ahli-ahli astronomi, lapor majalah Nature kelmarin.

Kejadian luar biasa itu turut melibatkan aliran plasma yang mengalir keluar ke ruang raksasa pusat galaksi yang terletak hampir empat bilion tahun cahaya dari Bumi.

Kemusnahan bintang tersebut dikesan dengan menggunakan Teleskop Swift pada 25 Mac lalu selepas ia kelihatan berlegar-legar terlalu hampir dengan lubang hitam.

Kebanyakan galaksi mempunyai lubang hitam yang besar dan ia akan menyedut apa saja benda berhampirannya akibat tarikan graviti yang terlalu kuat. - Agens
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger