Home » »

Written By canang on Sabtu, 13 Ogos 2011 | 8/13/2011 05:04:00 PTG


Menteri Dalam Negeri Israel, Eli Yishai telah memberi kelulusan bagi pembinaan 1,600 apartmen sebagai penempatan haram Yahudi di timur Baitulmaqdis, kawasan yang menjadi pertikaian dengan Palestin.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Roi Lachmanovich berkata, kelulusan untuk pembinaan 2,700 lagi apartmen turut akan dibuat pada minggu depan.

Menurutnya, pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu turut mengetahui mengenai keputusan meneruskan rancangan pembinaan penempatan haram Yahudi itu.

Pembinaan apartmen di timur Baitulmaqdis itu mencetuskan kemarahan rakyat Palestin yang mendakwa tempat itu sebagai ibu negara mereka bagi negara Palestin yang merdeka.

Kelulusan itu juga bakal merosakkan lagi usaha Amerika Syarikat (AS) cuba memujuk Palestin supaya tidak meneruskan usaha mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara pada Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan depan.

Pembinaan 1,600 penempatan haram itu sebelum ini menyebabkan hubungan diplomatik antara Israel dan AS tegang pada tahun lalu apabila ia memperolehi kelulusan awal daripada menteri berkenaan ketika lawatan Naib Presiden Joe Biden ke Israel. - AGENSI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger