Home » » Pulau Pinang Beri Bonus Minimum RM600

Pulau Pinang Beri Bonus Minimum RM600

Written By canang on Khamis, 11 Ogos 2011 | 8/11/2011 09:44:00 PTG


KUALA LUMPUR 11 OGOS : Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pentadbirannya akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada kakitangan kerajaan negeri.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, guru-guru Kafa juga akan menerima RM300.

“Bonus ini akan membantu kakitangan awam membuat persiapan menyambut Hari Raya,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di Pahang melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para pesara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Perak juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini, lapor The Malaysian Insider.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan pula mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri Negeri Sembilan.

Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan kerajaan negeri itu akan mengikut langkah kerajaan Persekutuan untuk memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangannya pada tahun ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan hanya pembayaran bonus RM500 kepada kakitangannya.

Setakat ini, tujuh negeri telah mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangannya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger