Home » » Saham YBK : Pemuda Umno Untung RM75 Juta Atas Angin

Saham YBK : Pemuda Umno Untung RM75 Juta Atas Angin

Written By canang on Sabtu, 13 Ogos 2011 | 8/13/2011 01:13:00 PTG


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan Keputusan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan (YBK), satu entiti dipercayai milik Umno melepaskan 40 peratus pegangan sahamnya dalam syarikat pemaju Kuala Lumpur Eco City (KLEC) sebagai mengambil keuntungan atas angin.

Menurut Izzah, perkongsian untung berdasarkan nisbah 80:20 di antara KLEC dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu jelas mempunyai agenda tersendiri tanpa memikirkan nasib penduduk asal di kawasan itu.

"Jelas amalan untung atas angin ini sangat ketara dan tidak masuk akal sehingga tergamak melihat beratus penduduk pindah.

"Saya rasa zaman projek kerjasama ali baba sudah lama berakhir kalau dikira dengan apa kata Perdana Menteri, tranformasi dan sebagainya,"kata Izzah lagi.

Pada 26 Julai 2011, akhbar The Star melaporkan syarikat pemaju SP Setia Sdn Bhd, bersedia mengambil alih baki saham KLEC dari YBK yang dianggarkan bernilai RM75 juta.

“Sekiranya pengambilalihan terlaksana, ke mana keuntungan RM75 juta itu akan dibelanjakan? Bagaimanakah tindakan ini akan menguntungkan golongan sasar terutama mereka yang telah dipindahkan atau adakah ini satu contoh menerima keuntungan ‘atas angin’ bagi pihak Pemuda Umno?,"soalnya.

Izzah berkata demikian ketika ditemui media dalam satu sidang akhbar ketika melawat rumah seorang penduduk Kampung Abdullah Hukum, Sugayindran Velasamy yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur semalam.

Sugayindran Velasamy kecewa kerana rumah yang didirikan di atas tanah miliknya sejak sekian lama dirobohkan oleh pemaju bagi tujuan pembangunan projek Kuala Lumpur Eco City.

Malah Sugayindran, pemilik asal tanah berstatus hak milik kekal (freehold) seluas empat ekar sejak bergenerasi lamanya itu tidak diberikan sebarang pampasan oleh pemaju walau sesen pun.

Bercakap kepada TvSelangor, Izzah yang juga naib presiden PKR menuntut YBK yang dipengerusikan Ketua Pemuda Umno menjelaskan bagaimana KLEC memperolehi aset tersebut iaitu sebidang tanah seluas 25 ekar di kawasan tanah premium di tengah kota Kuala Lumpur.

" Kalau isu tanah dengan dokumentasi yang cukup, ianya tidak akan menjadi isu walaupun berpuluh tahun, apa yang berlaku sekarang tidak ada penjelasan daripada DBKL. Dahulu tanah adalah milik persendirian tetapi kini ianya ditukar menjadi milik DBKL, Seperti ada satu kerja pemadaman fakta yang tidak boleh dijawab oleh pihak DBKL,"ujar Izzah.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger