Home » » Selidik Dahulu Sebelum Bertindak, Kata Mahathir

Selidik Dahulu Sebelum Bertindak, Kata Mahathir

Written By canang on Sabtu, 20 Ogos 2011 | 8/20/2011 03:00:00 PTG


JERLUN 19 OGOS : Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki terlebih dahulu.

Beliau melahirkan pandangan ini di sebalik isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengadakan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

“Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi.

“Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat sini malam tadi.

Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir berkata masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.

“Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger