Home » » Umno Bakal Berpecah, 4 Calon Tanding Kerusi Presiden?

Umno Bakal Berpecah, 4 Calon Tanding Kerusi Presiden?

Written By canang on Sabtu, 6 Ogos 2011 | 8/06/2011 11:00:00 PG


Rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat menyeru agar berlaku perubahan dalam kerajaan. Ramai yang bersependapat bahawa Najib Razak patut undur untuk mengelakkan Malaysia lebih dimalukan di persada dunia. Walaupun penyokong UMNO merasa kecewa terhadap Najib dan Rosmah, namun mereka tidak mempunyai pilihan lain. Dengan kredibilitinya yang hancur akibat kesilapan dalam menangani beberapa isu semasa, terutamanya perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bebas, agak meng hairan jika Najib dibenarkan untuk mengetuai BN dalam usaha mendapatkan mandat baru rakyat melalui Pilihanraya Umum ke 13.
SELANJUTNYA SILA KLIK SINI
Share this article :

1 ulasan:

leekonu berkata...

yang PECAH mestilah PAS JUGAK Saturday, August 6, 2011
JAIS Serbu Gereja DUMC : Pengakuan Saksi Diberi Bible Versi Melayu
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

Antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja
kepada wanita berkenaan


My metro hari ini dedahkan pengakuan beberapa individu yang menyertai aktiviti keagamaan Kristian ini dan diserbu JAIS di gereja DUMC.



KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

Jawab Khalid Samad!!!! Kenapa melenting bila gereja diserbu?


Sila beri penjelasan kenapa perlu pohon maaf kepada Paderi kanan, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)???? Kenapa Khalid Ibrahim arah Exco Selangor tutup mulut tentang perkara ini?

Baca lagi isu gereja DUMC pendedahan disini...
Posted by Bro Jinggo at 12:30 PM
Labels: DAP, Gereja, Khalid Ibrahim, Khalid Samad
Reactions:
3 comments:

Anonymous said...

Allahhuakbar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Takbir!!!!!!!!!!!!!!!!!
August 6, 2011 12:31 PM
Anonymous said...

Tuuiiiii ludah kat muka dua2 org yg bernama khalid gereja ni!
August 6, 2011 12:33 PM
Anonymous said...

apa dah jd?? kerajaan selangor buat apa? kenapa tak jaga kebajikan rakyat!!
August 6, 2011 12:39 PM

Post a Comment

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger