Sekurang-kurangnya 128 murid sekolah di Pontianak, Kalimantan Barat dipaksa menjadi pelacur antara 2008 dan 2010, dedah satu penyelidikan Yayasan Nanda Dian Nusantara.
“Kami menjaga mereka kerana kerajaan tidak melakukan apa-apa. Malah, lapan daripada kanak-kanak itu yang datanya kami hantar kepada kerajaan sebenarnya sudah dibuang sekolah,” kata Pengerusi yayasan itu, Devi Tiomana sebagaimana dipetik daripada kompas.com.
Menurutnya, semua kanak-kanak itu masih terlibat dengan kegiatan pelacuran dan seorang daripadanya dijangkiti HIV/Aids.
Devi menerangkan sejak tahun ini, yayasannya menyediakan bantuan kepada kanak-kanak terbabit antaranya pemeriksaan kesihatan dan pendidikan.
Beliau berkata, menjaga pelacur kanak-kanak tidak mudah kerana pelbagai isu perlu ditangani.
“Sejujurnya, kami tidak mampu beroperasi sendirian. Kerajaan perlu terlibat sama,” katanya. - JP
Home »
» 128 murid dipaksa jadi pelacur
128 murid dipaksa jadi pelacur
Written By canang on Rabu, 14 September 2011 | 9/14/2011 11:39:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan