Polis dipanggil ke New York Times Square di sini bagi menangkap seorang gadis yang berbogel bagi mempamerkan lukisan pada tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis itu yang berusia 21 tahun, Zoe West berdiri dalam keadaan bogel manakala orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat memerhatikannya.
Dia mempamerkan lukisan pada tubuhnya yang dihasilkan oleh seorang artis, Andy Golub.
Golub turut melukis lukisan itu di khalayak ramai.
Pada pukul 5 petang waktu tempatan pada Selasa lalu, beberapa anggota polis menangkap gadis tersebut dengan menggari tangannya sebelum dia dibawa menaiki sebuah van.
Menurut gadis itu, dia tidak melakukan sebarang kesalahan yang menyalahi undang-undang.
Dia didakwa melakukan aksi kelucahan di khalayak awam.
Namun, dakwaan itu digugurkan dan dia kemudian dibebaskan.
Peguam gadis itu, Ron Kuby berkata: “Undang-undang New York menghalang berbogel di khalayak awam kecuali jika ia merupakan sebahagian daripada satu pameran, drama atau pertunjukan.” – Agensi
Home »
» Gadis ditangkap kerana berbogel di khalayak ramai
Gadis ditangkap kerana berbogel di khalayak ramai
Written By canang on Jumaat, 2 September 2011 | 9/02/2011 11:42:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan