Ketika suhu semakin menurun dan penduduk setempat mula bertumpu ke pantai, pengunjung kawasan rekreasi di Dubai kini berdepan dengan bahaya baru - serangan seksual.
Menurut saksi dan mangsa, serangan biasanya dilakukan lelaki miang yang berpura-pura berenang atau menyelam berhampiran wanita.
Disebabkan ancaman itu, pihak berkuasa berkata, semakin ramai wanita menjauhi kawasan pantai di Dubai.
Sementara itu, seorang wanita Filipina yang hanya mahu dikenali sebagai Candice, berkata dia mengunjungi kawasan pantai Jumeirah bersama suami dan rakannya dua minggu lalu.
Kata Candice, 28, ketika dia bermain air agak jauh dari kenalannya, dia terkejut apabila berasa ada tangan menyentuh kaki kanannya.
“Ada seseorang berenang di bawah saya dan tangannya mula meraba-raba sehingga ke parah paha,” katanya.
Mengaku terlalu takut untuk menjerit, Candice berkata, dia cepat-cepat berenang semula ke pantai dan mengadu kononnya tidak sihat.
Dia kemudian meminta dihantar ke biliknya.
Kata Candice, dia takut jika mengadu, keadaan boleh menjadi tidak terkawal jika suaminya bertindak mencari lelaki miang terbabit.
Justeru, katanya, dia cuba melupakan insiden itu.
Bagaimanapun, Candice mengaku tidak akan mahu mengunjungi pantai berkenaan lagi.
Darleen, 31, juga mendakwa pernah mengalami insiden menakutkan.
Katanya, sebagai wanita bujang, dia terpaksa melakukan semua aktiviti bersendirian, termasuk jika mahu menonton wayang, membeli-belah atau beriadah di pantai.
“Pada satu petang, saya terfikir mahu berenang di Jumeirah lalu mengunjungi kawasan itu tanpa ditemani sesiapa,” katanya.
Di situ, kata Darleen, dia ternampak sekumpulan pemuda berenang tidak jauh dari tempatnya.
“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya cuma memejamkan mata dan mengapungkan diri untuk merehatkan badan.
“Tidak lama kemudian, saya berasa ada seseorang menyelam di bawah dan menyentuh tubuh saya,” katanya.
Dia terkejut dan segera membuka mata.
Kata Darleen, dia terserempak dua lelaki yang berpura-pura meminta maaf, tetapi pada masa sama, ketika itu kaki mereka bergerak menyentuh kakinya di dalam air.
Dua wanita Eropah - Mary dan Nadine - turut menjadi mangsa di kawasan rekreasi terkenal itu.
Kata Mary, 32, dia berang apabila seorang lelaki menyinggul dadanya ketika mencapai tuala yang digantung tidak jauh daripadanya.
“Bagi saya, itu bukan kebetulan atau tidak disengajakan,” katanya.
Rakannya, Nadine, 29, bersetuju dengan pandangan itu.
“Sejak tahun lalu kawasan pantai ini bukan lagi seperti sepatutnya apabila berlaku banyak gangguan seksual,” katanya. - GN
Home »
» Jantan miang gugat pantai
Jantan miang gugat pantai
Written By canang on Jumaat, 2 September 2011 | 9/02/2011 08:45:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan