Home » » Kenyataan Najib sukarkan pemimpin Umno Kelantan

Kenyataan Najib sukarkan pemimpin Umno Kelantan

Written By canang on Jumaat, 30 September 2011 | 9/30/2011 07:08:00 PTG


SHAH ALAM – Kenyataan Perdana Menteri yang menolak hudud daripada dilaksanakan, akan lebih menyukarkan pemimpin Umno Kelantan untuk menyaingi Pas meme-nangi hati rakyat negeri itu.

Penganalisis Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Pas sudah melakukan apa yang mereka perlu lakukan mengenai hudud.

“Mereka memerlukan laluan dan kuncinya berada di tangan Umno (sebagai Kerajaan Pusat). Apabila pemimpin Umno sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengatakan hudud tak akan dilaksanakan, Pas sudah boleh lepas tangan. Rakyat tidak akan salahkan mereka,” katanya.

Dalam keadaan ini, kata Abdul Aziz, pemimpin Umno Kelantan berada dalam kedudukan paling sukar kerana mereka dilihat sebagai penghalang hudud dilaksanakan.

“Kita harus ingat, permintaan hudud di Kelantan disal:urkan melalui proses demokrasi. Pas terus diberi mandat untuk memerintah Kelantan sejak 1990. Ini sudah cukup bagi rakyat Kelantan untuk menunjukkan kehendak mereka,” katanya.

Bagi Abdul Aziz, Umno dilihatnya tidak bersedia untuk melaksanakan hudud walaupun mereka mengaku menerimanya.

Ini kerana, Kerajaan Pusat yang diterajui parti itu tidak pernah memberi laluan kepada hudud untuk dilaksanakan.

“Saya melihat Umno menentang dan mensabotaj pe-laksanaan hudud. Ini akan menyebabkan parti itu menghadapi masalah dalam kalangan orang Islam,” katanya.

Mengenai orang bukan Islam, Abdul Aziz berkata, bukan semua mereka menolak hudud.

“Presiden Majlis Ketua-ketua Gereja Katolik Malaysia, Dr Paul Tan Chee Ing pun berkata, tidak betul bagi kerajaan menghalang Kelantan me�laksanakan hudud. Biarlah mereka laksanakan apa yang mereka mahu kerana undang-undang itu hanya untuk orang Islam saja, tidak melibatkan orang bukan Islam,” katanya.

Abdul Aziz berkata, keny:ataan Najib secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud menyebabkan Umno di negeri ini sudah boleh dianggap ‘gulung tikar’.

Ahli akademik yang dianggap pakar perlembagaan itu berkata, Umno seharusnya membantu Pas, bukan menghalang parti itu.

“Jika tidak, parti itu akan terus kehilangan undi orang Islam kerana dianggap sebagai penghalang satu pelaksanaan undang-undang tuhan. Ini kerana, pelaksanaan hudud tak dapat tidak perlu dengan kerjasama Umno,” katanya.

Abdul Aziz berkata, selain Umno, semua kumpulan yang memperjuangkan kepentingan Melayu/Islam yang lain seperti Pertubuhan Kebangsaan Pribumi Perkasa (Perkasa) juga harus menyokong hudud.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger