Mahkamah Afrika Selatan melarang kerajaan membeli 11 juta kondom wanita dari China atas alasan ia terlalu kecil untuk kegunaan di negara berkenaan.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan Afrika Selatan memberikan kontrak pembekalan kondom wanita itu kepada syarikat Siqamba Medical.
Akhbar Beeld melaporkan, syarikat terbabit bercadang mendapatkan bekalan itu dari China.
Sebuah syarikat yang bersaing dengan Siqamba Medical, Sekunjalo Investments Corp, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Pretoria selepas gagal dalam bidaan kontrak berkenaan.
Menurut Sekunjalo, kondom wanita yang mereka bekalkan 20 peratus lebih besar berbanding produk China itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Pretoria juga memutuskan, kondom wanita dari China itu dibuat dengan bahan yang tidak sesuai, selain gagal mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP
Home »
» Kondom wanita dari China kecil, tidak berkualiti
Kondom wanita dari China kecil, tidak berkualiti
Written By canang on Ahad, 18 September 2011 | 9/18/2011 04:42:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan