Home »
» MAHATHIR CAKAP BERBELIT-BELIT
MAHATHIR CAKAP BERBELIT-BELIT
Written By canang on Khamis, 22 September 2011 | 9/22/2011 02:00:00 PTG
Haha..dulu zaman dia perintah, tak teringin pulak nak hapus ISA. Kononnya ISA sangat berguna. Macam-macam la alasan nak pertahankan ISA masa tu. Inilah mantaliti sebenar bekas PM, Tun Mahthir Mohamad yang baru mengeluarkan kenyataan menyokong Najib menghapuskan ISA. Kata Mahathir, negara kita sekarang berada di tahp tertinggi dari segi moral. Habis selama beliau perintah Malaysia 22 tahun, negara kita rendah moral ke? Haha...agaknya tak siapa akan menduga Najib nak hapus ISA ni. Pak Lah pun sama. Kenapa di zaman pemerintahannya yang sangat singkat, dia tak mahu buang ISA. Seperti yang saya tulis sebelum ini, pesta bodek, ampu sedang berlangsung kini. Najib dianggap wira kerana menghapuskan ISA. Padahal puak-puak lanun inilah dulunya pertahankan ISA bermati-matian.
Barat patut contohi Malaysia
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berpendapat Amerika Syarikat (AS) dan Britain patut mencontohi Malaysia memansuhkan undang-undang tahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih menjadi amalan di negara terbabit.
Beliau berkata, dunia Barat yang dahulu mengkritik hebat penggunaan ISA di negara ini harus mengakui keterbukaan undang-undang dan mengikut jejak langkah Malaysia.
"Pemansuhan ISA membuktikan negara kita kini berada pada kedudukan yang tinggi dari segi moral.
"Bahkan kita juga lebih terbuka berbanding Barat dengan memansuhkan undang-undang tersebut," katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kelab CheDet.Com, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mahathir juga mahu kedua-dua negara menghentikan undang-undang penyeksaan serta membebaskan semua tahanan di Kem Guantanamo dan Abu Ghraib.
Katanya, sebagai negara yang mewarisi undang-undang tinggalan penjajah itu, rakyat negara ini berhak mendesak AS dan Britain supaya memansuhkan undang-undang penahanan tersebut.
"Dulu mereka menuduh kita zalim apabila melaksanakan ISA tetapi sudah terbukti apa yang dilakukan mereka di kem tahanan Kem Guantanamo dan Abu Ghraib jauh lebih kejam," katanya.
Beliau yang menyokong penuh pemansuhan ISA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini itu bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya lebih berwaspada terhadap desakan dan tindakan golongan ekstrem perkauman di negara ini.
"Saya khuatir mereka akan menggunakan kebebasan ini untuk mengambil kesempatan dan niat jahat," katanya
http://pejuang-rakyat.blogspot.com/2011/09/mahathir-cakap-berbelit-belit.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan