Home » » PAS kini di ambang memerintah negara

PAS kini di ambang memerintah negara

Written By canang on Selasa, 27 September 2011 | 9/27/2011 10:08:00 PTG


SEPANJANG meniti kedewasaan menongkah arus politik negara, sedar atau tidak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menjang kau usia 60 tahun.

Perjalanan berliku yang ditempuhi tersebut sudah pasti mengundang pengorbanan pimpinan dan aktivis terdahulu yang membolehkannya berada di posisi seperti dapat disaksikan sekarang ini.

Bermula dengan pengasasannya oleh alim ulama, kini dasarnya untuk terus bersama kepimpinan ulama masih relevan dan diterima masyarakat umum termasuk golongan non-muslim.
Demikian ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Yusof kepada Harakah yang mendapati ianya suatu perkembangan yang cukup membanggakan.

“Bagi saya, selepas 60 tahun berada di persada politik dan dakwah tanah air PAS kini berada di ambang pemerintahan negara.

“Ini merupakan gambaran jelas penerimaan rakyat berbilang kaum dan agama terhadap negara,” katanya. Malah jelasnya lagi, pandangan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia juga amat memberangsangkan dengan usianya yang dianggap sebagai bapa.

“Kewujudan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di dunia selepas Ikhwanul Muslimin dianggap sebagai bapa kepada gerakangerakan Islam yang lain sesuai dengan pengalaman yang dimiliki,” ujarnya.

PAS juga katanya, telah berjaya mengembangkan sistem pendidikan dengan menubuhkan sekolah-sekolah seperti PASTI, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad serta banyak lagi sekolah lain. Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan pula menyifatkan usia PAS sekarang ini sebagai suatu kematangan yang perlu dilihat dalam konteks yang luas.

“PAS kini semakin matang dan dewasa apabila berjaya melepasi usia 60 tahun,” katanya.

Tambahnya, pemuda selaku antara sayap terawal parti tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan PAS yang mengekalkan dasar kepimpinan ulama sebagai teras utama perjuangan.

“Kami tetap akan berdiri teguh mempertahankan perjuangan dan dasar kita berteraskan Islam yang selama ini dibawa oleh pejuang terdahulu. “Malah dalam meniti kedewasaan ini, inilah masa yang tepat bagi PAS menempatkan diri bagi memerintah dan mentadbir negara.”

Dalam pada itu, bagi Dewan Muslimat PAS Pusat pula, komitmen dan dokongan padu akan terus diberikan bagi mempertahankan keutuhan parti khususnya dalam misi menempuh Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. Ketuanya, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof mengucapkan tahniah atas ketabahan PAS yang terus maju ke hadapan sehingga menjangkau usianya kini.

“Tidak semua parti politik dapat melepasi tahap ini malah Umno pun pernah diharamkan suatu ketika dahulu, tetapi PAS terus bertahan,” katanya.

Tegasnya, ini membuktikan dengan jelas bahawa PAS adalah parti yang menjadi pilihan rakyat untuk meneruskan dasar Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah.

Kejayaan PAS mendapat tempat di hati masyarakat bukan Islam merupakan rekod terbesar yang dicapai dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS. Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata PAS merupakan satu-satunya parti yang berjaya memecahkan rekod parti-parti politik di negara ini apabila membawa gagasan Islam untuk diterima masyarakat bukan Islam.

“PAS berjaya membawa Islam dengan membuktikan bahawa Islam bukan untuk satu kaum sahaja sehingga tertubuhnya DHPP, sedangkan Umno pun tidak mampu melakukannya,” ujarnya.

Ujarnya, banyak parti politik yang diasaskan di negara ini berteraskan fahaman Melayu tetapi selepas beberapa tahun, semuanya hilang dan dibubarkan. Beliau berharap agar PAS dapat terus berjuang dan melakukan yang terbaik untuk rakyat secara umumnya.
Oleh INTAN ABDULLAH
http://26ramd.blogspot.com/2011/09/pas-kini-di-ambang-memerintah-negara.html
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger