Home » » Pelajar 15 Tahun Terkantoi

Pelajar 15 Tahun Terkantoi

Written By canang on Khamis, 29 September 2011 | 9/29/2011 07:36:00 PTG


BESUT - Tindakan seorang pelajar perem-puan tingkatan tiga sebuah sekolah di daerah ini menyelinap keluar dari rumah keluarganya pada larut malam mengundang padah apabila dia cuba dirogol teman lelakinya.

Kejadian itu terbongkar selepas kakak mangsa berusia 28 tahun mendesak mangsa menceritakan perkara sebenar selepas mendapati mangsa pulang ke rumah pada awal pagi dengan memakai baju dan seluar terbalik.

Mangsa berusia 15 tahun dipercayai cuba dirogol teman lelakinya berusia 21 tahun di atas kerusi rehat tepi kolam mandi sebuah resort di daerah ini pada awal pagi Ahad lalu.

Pada malam Isnin lalu, kakak mangsa bersama keluarga dan mangsa masuk tidur di bilik masing-masing lebih kurang jam 10 malam.

Bagaimanapun lebih kurang jam 4 pagi (Selasa), kakak mangsa bangun dari tidur dan pergi ke baha-gian dapur rumah kemudian mendapati pintu dapur tidak berkunci dari dalam.

Curiga dengan keadaan itu, mendorong dia ke bilik mangsa dan mendapati lampu serta pintu bilik berkunci.

Kakaknya membuka pintu bilik dengan menggunakan kunci pendua dan mendapati mangsa tidak ada di dalam bilik menyebabkan kakanya mengesyaki sesuatu berlaku ke atas mangsa.

Dia bertindak menghubungi suspek bertanya sama ada mangsa ada pergi berjumpanya tetapi suspek memberitahu tidak tahu ke mana mangsa pergi.

Kakak mangsa kemu-diannya pergi ke tempat kerja suspek iaitu di resort tersebut untuk meminta bantuan mencari mangsa namun tidak lama selepas itu mangsa menghubunginya memberitahu sudah pulang ke rumah.

Apabila pulang, kakak mangsa terkejut apabila mendapati mangsa memakai pakaian terbalik lalu mendesak agar adiknya memberitahu perkara sebenar dan akhirnya dia mengaku suspek yang beralamat di Kampung Baru Serada, Kuala Terengganu cuba merogolnya.

Difahamkan suspek datang menjemput mangsa di rumahnya ketika keluarga mangsa nyenyak tidur dan dikatakan mangsa menyelinap keluar melalui pintu dapur.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger