Home »
» Tiga pegawai SPRM dipindah serta-merta kerana merompak
Tiga pegawai SPRM dipindah serta-merta kerana merompak
Written By canang on Isnin, 26 September 2011 | 9/26/2011 05:51:00 PTG
Tiga anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disyaki menyamun seorang pengurup wang membabitkan kerugian RM900,000 baru-baru ini, telah dipindahkan ke bahagian pengurusan jabatan sumber manusia suruhanjaya itu berkuatkuasa serta-merta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata, ketiga-tiga anggota itu akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran sahaja sementara kes mereka masih disiasat oleh pihak polis.
Jelas beliau, SPRM memandang serius kes tersebut dan pada masa yang sama turut menjalankan siasatan sendiri berhubung perkara itu.
"Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dan menaruh keyakinan kepada mereka untuk menyiasat perkara ini dengan berkesan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, hari ini.
Hadir sama Pengarah SPRM Kelantan, Nor Rasmi Shaari.
Zakaria berkata, ketiga-tiga anggota terbabit bukanlah pegawai kanan SPRM seperti yang disiarkan oleh media sebelum ini, sebaliknya mereka adalah anggota junior yang berusia di bawah 35 tahun.
Ketiga-tiga anggota itu ditahan polis pada 15 September lalu kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang warga asing hingga berlaku kerugian sebanyak RM900,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan