Kita tidak perlu menunggu lama sebelum menyaksikan satu perubahan besar dalam arus politik yang bakal melanda Negara kita.Politik dalam UMNO semakin memuncak, seolah-olah menjangkakan pemergian Perdana Menteri Najib Razak, ramai yang di dalam UMNO menjangkakan demikian. Orang yang seterusnya bakal mengantikannya,tak lain tak bukan timbalannya Muhyiddin Yassin. Semua mata tertupu kepada beliau, samada beliau akan berjaya mengubah UMNO yang mana gagal di tangani oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya.
Rumah terbuka hari raya Muhyddin perlu diberi perhatian. Jumlah kehadiran yang mencapai satu rekod mengesahkan banyak pendapat bahawa beliau semakin berjaya meraih sokongan, yang makin merosot bagi ketuanya, PM Najib Razak.
Pemilihan UMNO kemudian pilihanraya umum?
Bagi para pemerhati politik, adalah perlu di beri perhatian bahawa antara yang menunggu giliran menjadi TPM ialah President MCA, Chua Soi Lek, anaknya Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Chua Tee Yong dan lain-lain pemimpin BN tempatan. Ada spekulasi yang cukup kuat berkenaan perlarasan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Muhyiddin ,tetapi juga di kalangan parti-parti komponen BN yang lain.
Terdapat juga khabar angin yang Muhyddin mungkin mengambil alih tampok pemerintahan sebelum pilihanraya umum akan datang.Jika hal tersebut berlaku, ia mungkin bermakna penangguhan tarikh pilihanraya ke tarikh akan datang di suku terakhir 2012, manakala pemilihan UMNO dijangka di bawa ke hadapan ke awal tahun hadapan.
Pada ketika ini, hal ini kelihatan mustahil tetapi melihat dari keadaan dalaman UMNO, tidak mustahil dan mungkin akan tercapai bagi membolehkan mereka-mereka yang berkenaan berpuas hati dan berdiam diri sebelum pilihanraya umum ke 13. Sesetengah pengkritik berkata peralihan kuasa dalam UMNO sebelum pilihanraya umum ke13 ibarat membunuh diri, tetapi hal ini tidak dipersetujui oleh pemerhati dalaman UMNO.
"Tidak semestinya, kerana UMNO hari ini hanya menjaga UMNO. Mereka sedar MCA dan MIC sudah tiada harapan. Apa yang mereka mahu pastikan ialah perpaduan melayu antara 3 juta ahli dan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh. Dengan cara itu, mereka boleh mempertahankan kerusi yang sedia ada dan mungkin boleh merebutnya dari PAS, yang mana kita dapat lihat mereka asyik menyerang Mat Sabu tanpa henti dan menuduh Pas sebagai komunis.” kata salah seorang pemerhati UMNO veteran memberitahu Malaysia Chronicle.
Muhyiddin pow-wow dan William Bourdon
Ada ura-ura mengatakan PM Najib mungkin terpaksa membuat pelan peralihan kepada timbalannya menjelang pemilihan tertinggi bulan Disember ini.Ini lah yang paling minimum untuk PM Najib dilepaskan, tetapi Muhyiddin jelasnya ingin mengukuhkan kuasanya sebelum tarikh pilihanraya umum ke 13 diumumkan.
Menurut pihak dalaman parti,salah satu sebab ialah untuk menghalang pertelingkahan sengit dari penyokong Najib yang mungkin rasa tidak puas hati jika beliau terpaksa mengundurkan diri sebelum beliau melengkapkan pemerintahan bagi tempoh satu penggal.
PM Najib telah di kritik hebat sejak akhir-akhir ini dan semakin jelas kebanyakan dari masalah yang dihadapinya berpunca dari rakan-rakan dalam partinya, yang sangat arif tentang kelemahan pucuk pimpinannya terutama semasa perhimpunan BERSIH2.0 pada 9 Julai lepas. Malahan terdapat berita dalam UMNO yang mengatakan Muhyiddin yang merancang mesyuarat UMNO memaksa PM Najib memendekkan percutian nya ke Italy yang dirancang selepas lawatannya ke Vatican.
Rancangan Muhyidin juga kebetulan dengan seminar 3 siri William Bourdon,seorang peguam Perancis yang dijadualkan member makluman kepada kumpulan rakyat prihatin berkenaan penglibatan PM Najib dalam pembelian kapalselam Scorpene yang bernilai RM7 juta. PM Najib dituduh mengambil komisen dan imbuhan dari penjual DCN dan yang paling mengejutkan apabila Bourdon telah disuir beberapa jam sebelum menghadiri majlis makan malam serta sidang media.
Bagi kebanyakan mereka dalam masyarakat melayu, PM Najib telah menjadi sejarah dan Muhyiddin ialah tokoh baru. Walaubagaimana pun,ramai percaya beliau akan berjaya mengambil alih tampok presiden UMNO dari PM Najib tapi tidak menjadi Perdana Menteri kerana pilihanraya umum mungkin dimenangi oleh pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim.
“Saya melihat Muhyddin mampu mengambil alih pucuk pimpinan UMNO. Saya rasa ianya telah berlaku. Tetapi untuk menjadi PM Malaysia, beliau perlu bersaing dengan hebat dan inilah sebab kita perlu beri perhatian dan sentiasa berusaha kearah reformasi pemilihan.” Kata Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
Presiden UMNO tapi mungkin bukan Perdana Menteri
Pada usia 64 tahun,Muhyiddin harus cergas dan segera untuk mencapai cita-citanya ke puncak kepimpinan tertinggi sebelum bersara. Latarbelakangnya jauh berbeza dengan PM Najib. Beberapa persoalan berkenaannya termasuklah bagaimana beliau akan meletakkan keadaan seperti sediakala dan meredakan UMNO sebelum pilihanraya umum ke13? Adakah beliau akan mendapat restu masyarakat? Adakah beliau akan berjaya membaiki keadaan ekonomi dan menjalankan satu pentadbiran yang adil dan saksama? Bolehkan beliau menstabilkan keadaan Negara dalam hal perkauman dan pertelingkahan agama?
Persoalan-persoalan ini adalah adil terutamanya bila mengambil kira komen beliau, 'Malay First, Malaysian next' yang mana ramai percaya beliau tidak layak menjadi PM dimata pengundi bukan melayu.
Bagaimanapun,memandangkan pengundi melayu adalah jumlah yang terbesar dinegara ini dan dengan bantuan dari Sabah dan Sarawak, penyokong Muhyiddin yakin beliau akan berjaya dengan majoriti walaupun mereka berhasrat untuk dua pertiga dari 222 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
“Sekurang-kurangnya masih ada arah untuk UMNO,yang sekarang tidak wujud lagi dibawah pentadbiran PM Najib. Berkenaan ekonomi pula, agak sukar untuk pemimpin lain berbuat sesuatu yang lebih buruk dari PM Najib, dan bagi kaum bukan melayu, Muhyiddin pasti tahu bagaimana nak menarik mereka semula apabila beliau memegang kuasa kelak. Bagi beliau, yang penting ialah beliau membuktikan kepada UMNO beliau ialah seorang pejuang,berbanding PM Najib yang kelihatan lemah dan hanya berminat berbelanja dengan lawatan luar negara untuk diri sendiri, isteri dan kroni-kroninya,” seorang penyokong Muhyiddin memberitahu Malaysia Chronicle.
Pesaingan tidak sihat telah mengambil alih UMNO,parti dalam keadaan terumbang ambing
Muhyiddin berasal dari Johor.beliau menceburi politik dalam tahun 70an, sebelum dipilih sebagai MP Pagoh dalam tahun 1978. Beliau meningkat ke peringkat tinggi dalam UMNO Johor dengan menjadi Ketua UMNO Johor,menjadi Menteri besar dari 1986-1995. Beliau dilantik ke dalam kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan dan kemudian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Muhyiddin juga menjadi Naib Presiden pada tahun 2000 dan Menteri Pertanian (2004-2008) dan kemudian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industry (2000-2008).
Dalam tahun 2008, beliau bertanding dan menang timbalan presiden UMNO dan dilantik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan oleh PM Najib pada 2009, dengan sokongan dari bekas PM Madey. Bagaimanapun, beliau berhajat kepada kerusi tertinggi dalam UMNO.
Sebagai Menteri Pendidikan,Muhyiddin menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantara untuk sains dan matematik di sekolah, satu langkah yang menggembirakan segolongan orang melayu tetapi ditentang oleh ibubapa dan tokoh pendidik. Sekiranya sudah berada di kerusi tertinggi, beliau perlu belajar skill baru secepat mungkin samada sebagai Perdana Menteri atau pemimpin pembangkang.
“Selama ini ,semua Perdana Menteri adalah dari UMNO dan mereka bukan jurucakap bagi pihak diri sendiri atau negara. Seperti juga Najib,Muhyiddin perlu melapor kepada UMNO dan beliau harus menyempurnakan kehendak parti. Pendapat parti didahulukan,dan beliau hanyalah menjadi suara parti,” kata Jui Meng.
“Jika beliau bertindak tidak mengikut kehendak parti, karier politiknya akan hancur. Parti meletakkan beliau di posisi tertinggi dan parti juga yang boleh menjatuhkannya jika beliau tidak menunggu giliran,seperti PM Najib.dan inilah sebab UMNO perlu perubahan.Pesaingan tidak sihat telah menjadi tidak terkawal dan menjadi barah yang memakan dan memusnahkan parti.”
Dipetik dari Malaysia Chronicle
Home »
» UMNO : Khabar angin baru sedang bertiup kencang.
UMNO : Khabar angin baru sedang bertiup kencang.
Written By canang on Rabu, 7 September 2011 | 9/07/2011 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan