Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub.
"Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian sebagai membidas tindakan Umno BN yang menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera.
Mohamad pada satu ceramahnya sebelum ini mendakwa Mat Indera sebagai pejuang sebenar menentang penjajah dengan menyerang British di rumah pasung Bukit Kepong.
Umno bagaimanapun menuduh Mat Indera sebagai pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan Komunis dalam serangan itu sekaligus menghentam Mohamad yang membela perjuangan Mat Indera.
Mengulas lanjut Salahudin berkata, Umno menggunakan isu tersebut semata-mata bagi menutup isu pemberian MyKad kepada pemegang kad merah yang didedahkan Pakatan Rakyat sebelum ini.
PAS dan pelbagai pihak sebelum ini mendedahkan wujudnya sendikit memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap dan didaftarkan sebagai pengundi dipercayai untuk Pilihan Raya Umum ke-13.
Perkara itu dikesan melalui semakan dalam Sistem Pendaftaran Negara (JPN) yang mendapati sehingga suku kedua (Mac-Jun) 2011, terdapat 1,108 kes pemegang kad pengenalan Merah diberikan MyKad khususnya di Selangor.
Turut menggemparkan negara sebelum ini, pertukaran status warganegara dalam masa singkat iaitu penduduk tetap pada sebelah pagi dan bertukar menjadi warganegara sebelah petang.
Ekoran itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang Khas Parlimen.
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dan hanya mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi Pembaharuan Sistem Pilihan Raya.
Home »
» Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis
Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis
Written By canang on Selasa, 6 September 2011 | 9/06/2011 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Kami teringin sangat nak tengok PAS macam dulu, ada matlamat perjuangan Islam! tapi la PAS dah jadi caca-marba...buang perjuangan Islam ambik pulak negara Kebajikan dah tu promote perjuangan Komunis...katanya(Karl Marxt Sabu) sealiran dengan perjuangan Islam!...apa ni? betui la kata orang DAP ganti PAS!
Ramai yang mengharapkan PAS ganti UMNO....tapi kini kecewa! Laa PAS tak berani sebut pasai Hudud atau pun Perjanjian Madinah masa ceramah atau tazkirah macam dulu-dulu....takut kat DAP!
PAS dah ada kuasa di Kelantan, Kedah, Selangor dan PPinang...kenapa tak cuba ubah perlembagaan negeri ikut perlembagaan Islam yang dilaung-laungkan dulu? Kalau kat ceramah bukan main lagi kata kita akan gantikan perlembagaan kafir(Lord Reid kata Ali Setan) dengan perlembagaan Islam!
Inilah masanya untuk PAS membuktikan yang ianya layak menggantikan UMNO yang dikatakan Sekular, Rasuah, Perkauman dan sebagainya.
Buktikan PAS itu lebih baik dari UMNO.
Betul dan logik - memberi status warga negara kepada PATI,satu keputusan yang bahaya.Warganegara spontan ini lebih bahaya dari komunis kerana mereka tidak dikenali"
(1) Siapa mereka,asal-usul mereka?
(2) Fahaman politik mereka?
(3) Adakah mereka penjenayah dinegara asal mereka?
(4) Apa tujuan mereka kesini?
(5) Bagai mana mereka boleh masuk kenegara ini?
Begitu banyak persoalan yang wajar ditanya sekiranya kerajaan sekarang "cemburukan" status kerakyatan Malaysia.Jangan jadikan Malaysia "free for all" kerana nak kekalkan kuasa.
Catat Ulasan