Home »
» Ayahanda PEKIDA Ini Akan Sertai Umno Esok
Ayahanda PEKIDA Ini Akan Sertai Umno Esok
Written By canang on Khamis, 13 Oktober 2011 | 10/13/2011 08:53:00 PTG
Kenapa lambang jari awie sama dengan Satanic Skull?
KUALA LUMPUR – UMNO akan menerima beberapa lagi artis terkemuka menyertai parti itu esok.
Mynewshub difahamkan, antara artis tersebut adalah penyanyi dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie.
Awie dan beberapa artis terkemuka tanah air terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO.
Majlis penyerahan borang keahlian tersebut dipercayai akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Mynewshub turut difahamkan, majlis itu akan diadakan di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn petang esok.
Media sebelum ini pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.
Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.
MyNewHub
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
artis tak memberi apa kepada umno. sebab umno ni memang suka hiburan yang melekakan, dan sibuk dengtan budaya-budaya melayu melekakan. umno kena cari khalayak dalam bidang hiburan, kerana dalam bidang agama mereka dah ketandusan idea. kalau setakat artis, berapa ramai orang kenal? orang sekarang show pun tak mahu tengok, drama pun tak mahu tengok, apa lagi? artis syok sendiri.dibanding indon, artis kita jauh ketinggalan.
Catat Ulasan