Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat sehingga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) selesai menjalankan tugas.
Sehubungan itu, BERSIH 2.0 melancarkan kempen terbaru mereka iaitu “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”.
"8 tuntutan demi pilihanraya bersih dan adil harus dilaksanakan dengan serta-merta sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13). Kempen tersebut diadakan sebagai peringatan kepada kerajaan, terutamanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)."
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Parlimen hari ini. Turut hadir Ahli Jawatankuasa Pepanduan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, Arul Prakkash, Dr Wong Chin Huat.
Kerajaan menubuhkan JPKP untuk memperbaharui sistem pilihanraya negara selepas perhimpunan besar-besaran Bersih 2.0 di Kuala Lumpur yang disertai kira-kira 30,000 orang.
Chin berkata laporan pertama JPKP harus berdasarkan isu-isu reformasi pilihanraya jangka pendek seperti yang dibangkitkan dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0.
Laporan kedua JPKP patut merangkumi isu-isu reformasi pilihanraya jangka panjang dan laporan tersebut seharusnya dikeluarkan sebelum akhir tahun 2012.
Cadangan-cadangan laporan tersebut harus dilaksanakan oleh SPR dan agensi-agensi dan kementerian-kementerian kerajaan yang berkaitan.
Maria menjelaskan, kejayaan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai merupakan petanda dari rakyat Malaysia bahawa reformasi sistem pilihanraya amat penting.
"Kami mengesa agar pihak SPR melaksanakan cadangan-cadangan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) tersebut tanpa berlengah-lengah."
Kempen ini juga akan diadakan di negeri-negeri lain untuk menyampaikan pesanan keramat ini kepada semua rakyat Malaysia.
MElihat kepada keperluan ini, Maria mengesa kepada semua rakyat Malaysia untuk memberi tekanan kepada mereka untuk memastikan pilihanraya tidak diadakan sehingga 8 tuntutan tersebut dilaksanakan.
"Adalah penting semua rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menuntut reformasi pilihanraya dengan menyampaikan tuntutan-tuntutan pilihanraya bersih dan adil kepada pejabat-pejabat SPR negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli-ahli Parlimen."
Home »
» BERS✔H Lancarkan Kempen "Tunaikan 8 Tuntutan,
BERS✔H Lancarkan Kempen "Tunaikan 8 Tuntutan,
Written By canang on Sabtu, 8 Oktober 2011 | 10/08/2011 08:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan