Home »
» CUKAI ROKOK NAIK 80 SEN SEKOTAK JUMAAT INI???
CUKAI ROKOK NAIK 80 SEN SEKOTAK JUMAAT INI???
Written By canang on Khamis, 6 Oktober 2011 | 10/06/2011 03:43:00 PTG
CUKAI ROKOK NAIK, KERAJAAN KAUT UNTUNG ATAS SENGSARA PEROKOK?
Maklumat terkini dari sumber pekedai rokok,cukai tembakau sudah hampir pasti dinaikan menjelang Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri,Dato Seri Najib Tun Razak selaku Menteri kewangan pada hari Jumaat ini.
Inilah Seronoknya Malaysia..
Buat undang-undang tapi tak fikir kemampuan penguatkuasaan.
Konon naikkan harga rokok... jadi org tak mampu beli...kurang perokok ler..
Pak Menteri tak terfikir ker... perokok ni akan beli seludup punya...
Permintaan bertambah... penyuludup nampak ini satu peluang buat duit..
Sebab penguatkuasaan memang lemah... manusia pun boleh diseludup,
Tentu tak ada masalah nak seludup kotak2 rokok tu.....
Ada maklumat mengatakan pak-pak menteri buat duit,share seludup rokok,sejauhmana kebenarannya Wallahualam..
Cadangan saya :
Hapuskan terus rokok
Jika kerajaan benar-benar ikhlas hendak mendidik rakyat supaya tidak merokok tutup sahaja kilang rokok dan haramkan rokok dijual dipasaran,tiada guna jika harga dinaikan tetapi masih lagi membenarkan rokok dijual.”alang-alang menebas rumput,biar ditarah hingga kepangkal”.
Berani ke membantah?
Setiap kali harga rokok dinaikan,hanya sekali keluhan terkeluar dari mulut perokok,tiada bantahan seperti harga minyak naik,mengapa para perokok berdiam diri,tidak beranikah kita membantah secara beramai-ramai?siapakah yang berani menghantar surat bantahan kepada kerajaan ?atau kita terus sahaja terima bulat-bulat harga rokok dinaikan,sedangkan kerajaan untung berbilon ringgit, kita hanya dijadikan lubuk emas untuk mengutip cukai.Dalam erti kata lain para perokok nampak buruk sebab merokok,sedangkan pihak lain membuat untung diatas kenaikan harga rokok.
Apa kata kita bantah secara beramai-ramai keatas kenaikan harga rokok, ada berani?
http://pkrcabangtambun.blogspot.com/2011/10/cukai-rokok-naik-80-sen-sekotak-jumaat.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan