Home » » Demo Besar Sokong Aziz Bari Petanda Anak Muda Bangun Melawan!

Demo Besar Sokong Aziz Bari Petanda Anak Muda Bangun Melawan!

Written By canang on Jumaat, 21 Oktober 2011 | 10/21/2011 10:00:00 PG

Gerakan menuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menarik balik penggantungan ke atas profesor Aziz Bari esok selepas solat Jumaat oleh anak muda disifatkan sebagai respon segera terhadap tindakan zalim pentadbiran universiti tersebut.

Kesemua mahasiswa universiti dari seluruh Lembah Klang akan berhimpun di Masjid Besar UIAM mendesak agar keputusan menggantung khidmat Aziz ditarik balik dan surat tunjuk sebab yang dihantar semalam di kaji semula.

Antara universiti yang bakal menghantar wakil adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beberapa universiti awam dan swasta.

Kita akan saksikan esok bagaimana Umno-APCO mempergunakan universiti bagi menghalang gerakan mahasiswa menuntut keadilan dan menolak kezaliman.

JALAN PULANG


Kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".

"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri (kiri).

Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus di Gombak selepas solat Jumaat.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UIA seharusnya mempertahankan Aziz atas dasar kebebasan akademik dan kebebasan berpendapat.

Alumni UIA diseru protes

Malaysiakini difahamkan, bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau digantung bergaji kerana didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) turut menggesa seluruh alumni universiti itu turut serta mengadakan protes di UIA pada masa yang sama.

Menyifatkan penggantungan tugas itu sebagai tindakan "unilateral" itu, Shamsul mengingatkan kumpulan itu tidak menjadi "alat politik".

"Keberadaan Prof Aziz Bari di universiti mesti dipertahankan," katanya yang juga graduan undang-undang daripada universiti itu dalam pesanan Twitter beliau.

Tindakan terhadap Aziz dipercayai ekoran reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger