Home » » Pengakuan,Dunia Hiburan;Artis Yang Ingin Terkenal Di Harus Jual Diri

Pengakuan,Dunia Hiburan;Artis Yang Ingin Terkenal Di Harus Jual Diri

Written By canang on Rabu, 26 Oktober 2011 | 10/26/2011 11:07:00 PG


Dunia hiburan di Korea ternyata hampir bahkan lebih rosak, ini terbukti dari banyak pengakuan dari artis atau penyanyi di sana yang menyatakan bahawa jika ingin menjadi terkenal maka harus jual diri. Salah seorangnya penyanyi Taiwan, Estrella Lin mendedahkan buruknya industri hiburan di Korea Selatan. Estrella mengaku ia pernah diminta melakukan hubungan seks jika mahu dirinya menjadi terkenal.

Menurut satu sumber, Estrella merupakan bekas kumpulan 3EP Beuaties. Untuk bekerier di Korea, beliau menyertai sebuah agensi artis.

Agensi tersebut pernah memintanya untuk menjual tubuh untuk menjadi popular. Estrella diminta berhubungan seks dengan para bos di dunia hiburan.

“Aku dipaksa untuk menghibur para pelabur dengan seks. Tapi aku tidak mahu melakukannya. Aku tidak takut diprotes orang Korea kerana pengakuanku ini, kerana apa yang aku katakan memang benar, “ujar Estrella.

Bukan hanya diminta menjual tubuh, ia juga harus memalsukan tahun kelahirannya. Perempuan kelahiran 1980 itu dianggap terlalu tua, sehingga harus mengubahnya menjadi 1985.

Kini Estrella sudah kembali ke Taiwan. Ia telah membuat buku yang isi kandungannya tentang keburukan industri hiburan di Negeri Gingseng tersebut.

Sebelum Estrella mendedahkan keburukan industri hiburan di Korea, kes serupa juga pernah terungkap di negeri tersebut. Kes jual tubuh oleh para artis itu terungkap melalui aksi gantung diri bintang serial Boys Before Flowers Jang JaYeon. Yang JaYeon dikhabarkan bunuh diri kerana dipaksa melakukan hubungan seks dengan para pelabur.

Setelah kematian Jang JaYeon itu, kajian pun dilakukan Komnas HAM Nasional Korea Selatan pada para selebriti. Komnas HAM melakukan kajian terhadap 111 pelakon lama dan 240 pelakon baru. Dari kajian itu, kira-kira 60 peratus responden melaporkan telah mendapat rayuan seksual dari orang-orang yang boleh mempengaruhi kerjaya mereka. Atas soalan khusus yang diajukan Suruhanjaya hak asasi manusia Nasional, 22 peratus pelakon yang diwawancara mengaku mereka pernah ‘dipaksa atau diminta’ oleh ejen-ejen mereka untuk memberikan kenikmatan seksual. Sedangkan lebih daripada enam peratus mengaku pernah mengalami keganasan seks.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger