Home » » Inkues Baharudin Ahmad ditolak

Inkues Baharudin Ahmad ditolak

Written By canang on Khamis, 13 Oktober 2011 | 10/13/2011 01:29:00 PTG

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan balu allahyarham Baharudin Ahmad untuk meminta majistret mengadakan inkues ekoran kematian suaminya pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

Hakim Datuk Su Geok Yiam berkata, permohonan isteri allahyarham - Rosni Malan - pra-matang, remeh, menyusahkan dan menyalah guna proses mahkamah.

"Berikutan ini, Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mewakili responden dalam kes itu, "katanya.

Rosni menamakan ketua polis Kuala Lumpur, ketua polis negara, majistret Kuala Lumpur dan Pendakwa Raya sebagai responden.

Baharudin, 59, didakwa rebah semasa menyertai perhimpunan di perkarangan KLCC pada 9 Julai lalu, dan disahkan meninggal dunia sebaik dibawa ke jabatan kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada jam 5.10 petang.

Bedah siasat ke atas dijalankan kira-kira lima jam kemudian oleh dua orang ahli patologi di hospital sama.

Kematian allahyarham menjadi perhatian apabila ia turut dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada 9 Julai lalu.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger