Home »
» KITA sedia kerjasama, tapi tak akan sertai BN
KITA sedia kerjasama, tapi tak akan sertai BN
Written By canang on Ahad, 2 Oktober 2011 | 10/02/2011 03:11:00 PTG
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) boleh bekerjasama dengan BN dalam hal tertentu, tetapi tidak akan menyertai parti tersebut.
Presidennya Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata KITA boleh bekerjasama dengan sebarang parti, asalkan untuk rakyat.
"Walaupun KITA tidak pernah ditawarkan menyertai BN tetapi yang penting kita boleh bekerjasama dengan BN atau mana-mana parti lain untuk rakyat kecuali pada pilihan raya dan perkara yang menyentuh dasar.
"Apa pun, KITA tidak akan menyertai sebagai parti komponen BN yang sudah besar jika ditawar sekalipun," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kediamannya, di Kota Bharu malam tadi.
Mohd Zaid berkata KITA juga sudah bersedia menyertai pilihan raya umum walaupun belum menyiapkan senarai calon yang akan bertanding.
Beliau berharap calon KITA dapat diterima baik terutama di Kelantan, bagi memberi ruang membetulkan kesilapan PAS yang gagal membangunkan negeri itu sejak mentadbir pada 1990.
"KITA mahu melonjakkan kembali ekonomi Kelantan agar negeri ini kembali kukuh seperti dahulu dengan soal-soal rakyat seperti masalah air dan pekerjaan diberi keutamaan," katanya.
Menyentuh soal hudud yang masih dicanangkan PAS Kelantan, Mohd Zaid meminta parti itu agar menumpukan perkara yang lebih mustahak daripada mahu melaksanakan hukum hudud yang diyakininya tidak akan dilaksanakan sama sekali.
Beliau berkata PAS menimbulkan kembali soal hudud itu demi menarik semula sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya mahu melaksanakan hukum berkenaan.
- Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan