Home » » Laporan Ketua Audit Negara Bukti Transformasi Najib Altantuya Palsu Semata-Mata

Laporan Ketua Audit Negara Bukti Transformasi Najib Altantuya Palsu Semata-Mata

Written By canang on Selasa, 25 Oktober 2011 | 10/25/2011 09:30:00 PTG

Patutlah diperam sehingga 17 hari sejak pembentangan Bajet 2012 oleh Najib Altantuya yang sebenarnya takut dihentam dalam Parlimen.

Laporan Ketua Audi Negara adalah satu laporan yang penting bagi menilai prestasi kewangan sesuatu kerajaan sama ada segala perancangan yang dibuat bertepatan dengan hasil yang dinikmati rakyat.

Tetapi nampaknya trend yang sama berulang.

Jika sebelum ini kita terkehel kepala membaca bagaimana sebatang pen yang harganya cuma RM14 di pasaran terbuka boleh melonjak sehingga RM236 dalam tender yang dikeluarkan kerajaan!

Jangan pula kita terkejut apabila sebuah teropong boleh dibeli kerajaan sehingga 236 kali ganda dari harga asalnya!

Jelas ini semua bukti transformasi yang diperkenalkan Najib Altantuya cuma omong kosong belaka.

Wang rakyat terus mengalir keluar macam air longkang akibat sikap berbelanja boros serta mementingkan kroni dan suku sakat.

Kementerian Pelajaran antara kementerian yang layak digelar "Imelda Rosmah" Malaysia kerana paling boros dalam perbelanjaan sehingga mencapai lebih 24 peratus daripada belanja asal yang dikemukakan.

Jangan lupa Kementerian Kerjaraya yang dulunya dipegang Samy Tol juga masih tidak menampakkan perubahan dari segi mutu jalan yang diturap.

Pendedahan audit menunjukkan bahawa lebuh raya Skudai-Desaru mengalami kecacatan dari segi struktur lebuh raya apabila menurap kurang daripada 95 milimeter dari spesifikasi yang sepatutnya sungguh menakutkan.

Pendedahan audit menunjukkan ada beberapa bahagian lebuh raya yang cuma diturap 72 milimiter sedangkan standard sesebuah lebuh raya perlu mencapai minimium 115 milimiter ketebalan permukaannya.

Bayangkan apabila kita menggunakan lebuh raya yang mudah rosak dan struktur tanah yang tidak stabil, apa akan jadi terhadap kenderaan kita?

Apakah kerajaan berpakat dengan syarikat tayar dan kedai aksesori kereta hingga rakyat terpaksa mengeluarkan belanja lebih membaiki kenderaan mereka?

Jika dibuat kiraan matematik, setiap kilometer yang "dicuri" akibat kurangnya penurapan ini, kroni Umno-APCO berjaya "menipu" rakyat paling kurang RM47 juta berdasarkan jarak lebuh raya sepanjang 77 kilometer itu.

Lalu apakah bentuk transformasi yang dicanang Najib Altantuya jika hampir kesemua kementerian berbelanja mewah lebih dari belanja yan sepatutnya hingga menyusahkan rakyat kembali?

Maka benarlah kata-kata Idris Jala ketua PEMANDU yang meramalkan Malaysia bakal muflis sebelum 2019 jika kerajaan terus boros berbelanja dan berhutang untuk menampung biaya operasi yang semakin meningkat.

Jika inilah yang diperlihatkan kepada kita rakyat Malaysia, masihkah anda mahu percaya dengan janji-janji manisnya tatkala ISA pun belum mahu dimansuhkan?

Hanya ada satu cara saja untuk selamatakn Malaysia dari bencana ekonomi yang dicipta Umno-APCO sendiri.

Tumbangkan Barisan Najis dalam pilihanraya umum akan datang.

Selebihnya, tepuk dada, tanyalah iman.

JALAN PULANG
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang menyelewengtu kakitangan kerajaan.Kakitangan kerajaan tu bukan semua sokong kerajaan ramai penyokong pembangkang.Mereka yang menyeleweng apa kena mengena dengan najib

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger