Home » » Mahu pilih lagikah kerajaan UMNO/BN yang tidak cekap urus wang rakyat?

Mahu pilih lagikah kerajaan UMNO/BN yang tidak cekap urus wang rakyat?

Written By canang on Selasa, 25 Oktober 2011 | 10/25/2011 07:00:00 PTG

Laporan Audit telah 'memberitahu' rakyat Malaysia pelbagai kaum bahawa jika tidak mahu lihat lagi pembaziran berlaku maka buatlah sesuatu. Apa sesuatu itu? Tukar kerajaan UMNO/BN yang boros dan tidak cekap pengurusan kewangan. Para pemimpin UMNO/BN hanya pandai bercakap atau cakap berdegar-degar, semua hebat, semua bijak malah semua konon amanah tapi hakikatnya hampas tahi belaka.

Apabila laporan audit mendedahkan pengurusan kewangan negara tidak cekap jangan salahkan agensi dan jabatan sahaja kerana apa yang berlaku rasanya semua kaki tangan kerajaan 'faham benar' terutama bab pembelian peralatan. Memang dahsyat!

Apa yang berlaku seperti yang dilaporkan oleh audit itu patut disalahkan kepada kerajaan UMNO/BN kerana merekalah yang mengajar begitu. Macam-macam yang mereka 'ajar'! Kebanyakan wang peruntukan 'tersedut' di tengah jalan entah ke mana perginya, hilang disambar "Hantu-hantu Bonceng".

Oleh yang demikian pendedahan bahawa pengurusan kewangan kerajaan UMNO/BN tidak cekap sudah cukup kuat untuk seluruh rakyat tolak kerajaan UMNO/BN yang tidak cekap ini melalui pengundianm dalam PRU ke 13 nanti. Memilih terus kerajaan UMNO/BN yang terbukti tidak cekap menguruskan wang bermaksud rakyat masih lagi mundur pemikiran politiknya dan terus berjaya dipandirkan!
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger