SERDANG, 3 Okt: Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia atau ringkasnya (Kerabat) mengharapkan pembelaan dari Pakatan Rakyat terhadap bekas anggota tentera yang selama ini didakwa diabaikan oleh kerajaan BN.
Hasrat itu disampaikan melalui satu memorandum yang diserahkan presidennya Mohd Nazari Mokhtar kepada pimpinan Pakatan Rakyat pada himpunan kali pertama pertubuhan itu di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Serdang Jaya, di sini malam tadi. (Gambar)
Memorandum mengandungi lapan resolusi berbentuk cadangan itu diserahkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang hadir mewakili Pakatan Rakyat.
Dalam ucapannya sebelum itu, Nazari berkata keadaan bekas anggota tentera ketika ini berada dalam keadaan tidak terbela lebih-lebih lagi mereka yang tidak berpencen.
"Waktu dalam tentera dahulu kita disuruh makan daging tidak halal kita makan, makan daging beruk, ular dan sup kura-kura. Itu biasa bai kita kerana untuk menjaga keterampilan anggota tentera.
"Tapi apa yang kita dapat," soalnya dihadapan kira-kira 300 hadirin termasuk bekas-bekas nggota serta isteri tentera yang hadir.
Beliau juga mendedahkan hanya 25 peratus sahaja bekas anggota tentera menerima pencen, manakala selebihnya 75 peratus tidak.
"Kita menyeru dan merayu kepada kerajaan akan datang agar membela dengan mengembalikan keistimewaan kita," katanya.
Antara cadangan yang dikemukakan untuk 100 hari Pakatan Rakyat memerintah adalah seperti berikut:
1. Memperkasa sekretariat Kerabat di bawah kelolaan Kerajaan Pusat dan negeri.
2. Mengambil alih urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LAT) dan syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).
3. Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan Rumah Mesra Rakyat.
4. Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat percuma kepada tentera, balu tentera serta tanggungan mereka.
5. Memberikan rebet 5 peeratus untuk bayaran air dan eletrik bagi premis tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.
6. Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebulan kepada tentera dan bekas tentera serta imbuhan khas RM500 sebulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.
7. Dikecualikan dari cukai pendapatan gaji dan pencen kerajaan.
8. Memberikan peruntukan dana khas dan meranjang Dasar Penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana medan tempur agar kepakaran mereka dapat dikekalkan.
Janji Negara Berkebajikan, Buku Jingga
Sementara itu dalam responnya terhadap cadangan tersebut, Tuan Guru Abdul Hadi berkata PAS melalui konsep negara berkebajikan, komited untuk memberi pembelaan kepada tentera dan bekas tentera.
Menurutnya ia bukan mustahil kerana PAS pernah buktikan kemampuannya ketika memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 lalu apabila berjaya menyelesaikan lebih 6000 kes pemberian hak tanah termasuk kepada bekas tentera.
"Semua resolusi ini kita boleh buat dengan syarat rakyat jadi hakim memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang," katanya.
Wan Azizah pula berkata, beliau akan memanjangkan perkara itu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Sri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang untuk membangkitkan cadangan itu pada persidangan parlimen yang mula berlangsung hari ini.
Antara pimpinan lain yang hadir malam tadi ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abd Rani Osman, Presiden Anak Mazlan Aliman serta Exco Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.
Home »
» Pakatan janji bela nasib bekas tentera
Pakatan janji bela nasib bekas tentera
Written By canang on Isnin, 3 Oktober 2011 | 10/03/2011 11:11:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan